Borong Semua Makanan & Beri Kepada Pelajar Sekolah, Terharu Tengok Ramai Pelajar Tersenyum Bahagia 


Beri orang makan ataupun bersedekah merupakan salah satu kebaikan yang sangat digalakkan untuk dilakukan. Selain bersedekah dengan senyuman, ramai dalam kalangan kita yang bermurah hati menyedekahkan wang ringgit dan makanan.

Sering kali mereka yang tahu dan faham akan kelebihan bersedekah ini akan membayarkan makanan orang lain tanpa disedari oleh orang tersebut. Tidak kurang juga, ada yang membeli kesemua makanan yang dijual oleh peniaga makanan, lebih-lebih lagi gerai kecil.

Borong Semua Makanan & Beri Kepada Pelajar Sekolah, Terharu Tengok Ramai Pelajar Tersenyum Bahagia

Seperti mana yang dikongsikan oleh bosshukex menerusi aplikasi TikTok, apabila dia membuat kebaikan dengan menggembirakan hati orang ramai. Lelaki ini tanpa teragak-agak memborong semua makanan di gerai seorang makcik berhadapan sebuah sekolah.

Selepas lelaki ini memberitahu kepada Makcik berkenaan bahawa dia ingin memborong kesemua makanan yang berada di atas meja, Makcik tersebut kelihatan tergamam, sempat juga bertanya apakah lelaki ini ingin borong semua sebelum mengucapkan rasa syukur.

Namun apa yang lebih membuatkan ramai dalam kalangan warga TikTok berasa terharu adalah apabila melihat senyuman riang yang terpancar dari wajah setiap pelajar sekolah yang telah mendapat makanan secara percuma itu.

borong semua makanan

Jika sebelum ini, pelajar yang pulang dari sekolah terpaksa membuat kira-kira untuk membeli setiap makanan, namun kali ini mereka boleh mengambilnya sesuka hati. SubhanaAllah, sungguh besar kan kebaikan yang dilakukan oleh Boss Shurex ini.

Senyum je aku tengok video ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok.  Ada yang berasa sedih dan sebak apabila menonton video berkenaan. Dalam masa yang sama, ada juga yang mendoakan agar diberikan rezeki berlipat kali ganda.

“Takleh la tengok mesti sebak. Moga murah rezeki” – elle_939

“Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki yang tak putus-putus atas kebaikan anda. Amin.” – Shah Rani213

Tidak kurang juga ada yang berasa senyum sahaja ketika menonton video yang dikongsikan oleh Boss Shurex ini. ” Senyum je aku tengok video ni, terbaik la abang.”- Wanierazalbetta

 

Hebat sungguh kan orang yang boleh membuat kebaikan seperti ini. Lihat sahaja, berapa ramai yang bahagia dan tersenyum riang setelah mendapat makanan secara percuma. Bukan sahaja para pelajar, malah Makcik berkenaan juga turut bersyukur dan seolah-olah tidak percaya setelah lelaki ini memborong kesemua makanan itu.

Tidak semua orang mampu melakukan kebaikan seperti ini, ya, hanya mereka yang mempunyai banyak wang sahaja yang tidak teragak-agak untuk melakukannya. Namun pandang dan toleh kembali di sekeliling kita, berapa ramai mereka yang kaya raya namun sangat lokek untuk memberi.

Kredit: Boss Shurex

Baca juga:  “Kekurangan Bukanlah Satu Halangan..” Tetap Kental Bermain Walau Tiada Sebelah Kaki, Lelaki Ini Buat Ramai Sebak & Kagum

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat