Kematian Syaikh Hafidz Patel Dihadiri Ribuan Orang Ramai
Terkejut tengok ramainya orang hadir pengkebumian dan sayu bila seorang Amir Usaha Dakwah Syaikh Hafidz Patel di UK meninggal dunia. Ramai petugas polis membantu melancarkan jalan. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga jadi asbab hidayah di Eropah. Mereka semua baik-baik.
Dari kecil saya mendengar kisah dakwahnya di Eropah.Ratusan tempat Ibadah agama lain menjadi masjid. Tempat maksiat bertukar menjadi Madrasah. Dengan kerisauan dan pertolongan Allah. Setiap hari ada orang masuk Islam. Ribuan orang telah diIslam olehnya dengan kehendak Allah. Tiada rehat sehingga hari terakhirnya dalam dakwah. Dakwah dengan fikir risau, tangisan, akhlak kasih sayang dan korban dengan meletakkan sirah Rasul dan Hayatussahabah sebagai panduan.
Lebih 60 tahun berdakwah di Eropah dengan amanat seorang alim Syaikh Yusuf Al-Khandahlawi. Katanya perancangan Kuasa bathil dan syaitan bercita-cita ingin menukar Mekah dan Madinah menjadi seperti London dan Paris. Kamu buatlah dakwah di UK dan Paris sehingga suasana bertukar seperti Madinah dan Mekah..biar seluruh dunia suasana seperti Madinah dan Mekah di zaman Rasulullah saw..
Sehingga asbab seorang Daie ini lahir ribuan alim, hafiz dan daie Allah. Masjid dan Madrasah telah dibina.
Setiap malam terdengar tangisan demi manusia seluruh alam. Menangis kerana sayangkan umat Rasulullah saw. Saya terhutang budi dengan lelaki yang mulia ini. Kisahnya memberi semangat pada saya dalam perjalanan dakwah ini..
Ya Allah berilah kerehatan buat daie ini. Air mata yang menitis hari ini jadikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan dakwah ini. Sehingga bertemuMu ya Allah. Bertemu Rasulullah saw. Terimalah kami semua ya Allah-ebit lew