Solat Sunat Dhuha Membuka Pintu Rezki
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Seorang konfessor di IIUM Confession telah berkongsi kisah hidupnya dan kelebihan mengerjakan Solat Sunat Dhuha.
Masa aku kahwin, aku sudah pun bekerja for almost 2 years. Masa tu suami aku baru 2 minggu habis final semester.
Aku seorang yang boros sejak student lagi, hidup aku agak senang berbelanjakan duit yang parents aku bagi setiap bulan yang agak banyak (Alhamdulillah). Tahap boros tu sampai baju aku ke kelas untuk 1 semester tak pernah ulang pakai baju yang sama. Kasut sampai 30 pasang.
Aku kenal suami aku 3 tahun sebelum kami kahwin. Suami aku bukan anak orang yang senang macam aku. Sejak aku mula kerja tetap 4 bulan lepas aku graduate, suami aku sering ingatkan aku untuk simpan duit sebab dia nampak yang aku boros orangnya. Jadi dia tetapkan untuk aku simpan RM 1000 – RM 1200 setiap bulan. Setiap kali tarikh gaji aku, dia akan ingatkan untuk transfer duit simpanan ke akaun lain yang aku tak boleh access guna kad ATM. Aku masih boros sebab aku masih ada beberapa ratus untuk berbelanja. Aku tak ada pinjaman, tak ada hutang dan tak ada apa apa commitment bulanan (Alhamdulillah).
Sebulan sebelum aku kahwin, suami aku transfer duit hantaran ke akaun aku yg tak boleh di-access guna kad ATM dan dia suruh aku check baki untuk pastikan duit tu betul betul masuk. Sepanjang aku simpan duit gaji RM 1000, aku tak pernah check baki akaun. Jadi aku pun check dan rasa berpuas hati dengan tindakan simpan duit gaji bulanan tu (Aku sangat bersyukur Allah temukan aku dengan suami aku). Aku jadi semangat untuk simpan duit.
Selepas kami kahwin, suami aku belum bekerja. Dia tak ada duit simpanan sebab semua duit yang dia simpan selama ni dia bagi aku sebagai hantaran. Aku tak marahkan suami aku sebab dia tak ada kerja lagi. Sebaliknya, aku berusaha untuk tolong dia cari kerja. Setiap hari lepas aku balik kerja, aku akan apply kerja untuk suami aku. Aku apply semuanya termasuk mana yang tidak sesuai. Bagi aku, zaman ni tak semestinya kerja sama dengan apa yang kita belajar/ tahap pembelajaran.
Suami aku tidak bekerja untuk 4 bulan sebelum dia mendapat pekerjaan pertama yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran suami aku. Dia mula bekerja dan dia mula tak ada masa untuk aku sebab dia bekerja shift. Kami sering bersedih sebab bila aku balik kerja, dia pergi kerja dan sebaliknya. Dia berkerja selama 3 bulan sebelum dia membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana terlalu penat sampai tahap bila tidur pun mengigau tentang kerja dia. Walaupun aku insist untuk dia tetap kerja sebab bukan senang nak cari kerja baru, dalam masa yang sama aku tak sanggup tengok suami aku sampai mengigaukan kerja dia. Maka dia pun berhenti setelah 4 bulan.
Aku sekali lagi berusaha untuk cari kerja untuk suami aku. Kali ini, kami hampir putus asa dan suami aku bercadang untuk sambung Masters. Dalam kami merancang, Allah datangkan peluang pekerjaan bertubi-tubi buat suami aku. Sekali 3 company offer pekerjaan seperti yang dikehendaki (Alhamdulillah).
Selama suami aku tidak bekerja, aku banyak bantu suami aku dari segi kewangan. Suami aku tidak pernah meminta atau mengharapkan duit aku walaupun duit dia cukup cukup atau tak cukup, dia akan diam dan tak beritahu aku. Nafkah bulanan dia tetap akan beri pada aku setiap awal bulan. Selepas suami aku bekerja, aku masih tolong dia dari segi kewangan. Walaupun makan pakai aku adalah tanggungjawab dia dan duit gaji dia cukup untuk menanggung semuanya, aku tetap memilih untuk share duit aku dengan suami aku. Kadang-kadang, kalau kami keluar makan aku akan hulurkan sedikit duit daripada amount yang perlu dibayar.
Selepas rezeki rezeki ini datang, aku teringat yang aku dan suami selalu buat solat dhuha. Sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti buat. Sejak kami buat solat dhuha, Allah permudahkan macam-macam bagi kami. Rezeki kami datang dengan senang tanpa kami duga.
Kepada yang masih mencari pekerjaan, berusaha dan buat solat dhuha dan mintak pada Allah dan yakinkan diri dengan berusaha. InsyaAllah Allah akan permudahkan. Jangan lupa baca doa solat dhuha yang didalamnya cukup semua yang kita ingin meminta dari Allah.