Baru-baru ini ramai yang menyuarakan dengan lantang sekali akan kekecewaan mereka terhadap dua tokoh agama yang mahu berdebat. SePerti yang ramai sedia maklum, dua orang ugamawan itu adalah Dr. Maza dan Ustaz Zamihan. Namun, debat itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir dengan alasan Ustaz Zamihan mempunyai urusan lain yang lebih penting. Apa lagi, bukan main ramai lah orang kita yang sekali lagi menyuarakan rasa kecewa mereka. ‘Pengecut’, ‘penipu’, ‘pemecah umat islam’ dan pelbagai lagi tomahan dilontarkan ke atas Ustaz Zamihan.
Saya mengambil langkah selamat dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya tidak lah ambil pusing sangat akan hal debat ini.
Apa yang lebih memberi kesan dan menimbulkan rasa kecewa yang amat sangat kepada saya adalah 2 perkara di bawah:
- Di ajak join Multi Level Marketing (MLM) atau Skim Cepat Kaya.
- Belia yang terlalu taksub membeli kereta mewah
Multi-Level Marketing (MLM)
Konsep MLM itu sendiri tidak salah. Di Amerika, telah ada banyak syarikat besar yang menjalankan perniagaan berasaskan konsep MLM. Anda harus faham, MLM itu adalah salah satu kaedah marketing. Tiada apa yang salah dengannya. Mungkin tidak semua orang bersetuju atau mahu memilih kaedah pemasaran sedemikian. Namun, point saya di sini adalah, kaedah pemasaran sedimikian tidak salah.
Tetapi, apa yang menjadi kesalahan dan merosakkan reputasi MLM itu adalah SKIM CEPAT KAYA yang tumbuh bagai cendawan kebelakangan ini. Skim-skim ini mengguna pakai sistem multi-level marketing sebagai kaedah untuk memasarkan skim mereka. Itu yang salah. Emas yang asalnya tidak bersalah pun akhirnya dipandang serong oleh masyarakat dan rumah yang menjadi kediaman kita pun boleh disalahkan.
Dari pemerhatian saya, kebanyakan syarikat-syarikat yang haram ini sama sahaja permainan mereka. Target golongan-golongan yang terdesak atau pun yang tamak dan tak sabar mahu cepat kaya. Mereka memainkan sentimen emosi dengan penuh jayanya sekali. “Sampai bila lagi mahu hidup susah?”, “Tak kan kita mahu biarkan kaum Cina sahaja yang membolot segala kekayaan?”. Itu antara ayat pembunuh leader-leader skim cepat kaya ini. Memang terbukti teknik ini sangat berkesan dalam memerangkap bangsa kita.
Golongan yang sering terlibat dalam skim ini adalah:
- Mereka yang terdesak perlu kumpul duit kahwin dalam masa terdekat.
- Duit gaji setiap bulan tidak mencukupi
- Terpengaruh dengan ucapan motivasi menjadi jutawan dalam sekelip mata
- Mahukan gaya hidup anak muda yang bebas tetapi kaya
Hipotesis saya, “Semakin Tenat Ekonomi Semasa Dunia khususnya Malaysia, Semakin Pesat Perkembangan Skim-Skim Cepat Kaya”.
Hipotesis ini nyata TERBUKTI tepat sekali. Lihat saja pada tahun ini, 2016. Terlalu banyak skim cepat kaya baru yang muncul.
TERIMA KASIH kepada rakan-rakan yang terus ‘mendedahkan’ skim cepat kaya ini.
Kebanyakan skim cepat kaya yang berkembang pesat ini bakal mati dalam masa yang singkat. Lihat sahaja trend tahun-tahun sebelum ini. Kita mampu menjangkakan apa yang bakal terjadi nanti.
Ketaksuban Terhadap Kereta Mewah
Individu yang berniaga dan mampu menjana income yang tinggi selalunya gemar untuk memberikan reward kepada diri sendiri.
BERBEZA pula dengan individu yang pendapatan bulanannya hanya sekadar cukup-cukup. Tidak mempunyai pendapatan lebihan. Kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Gaji sebulan RM 3,000 namun sejumlah RM1,200 diperuntukkan hanya untuk membayar installment kereta. Akibatnya, hujung bulan makan mee maggie.
Prinsip “biar papa asal bergaya” sangat-sangat tidak boleh dipakai. Ukurlah baju di badan sendiri, bukan di badan orang lain. Saya yang berbadan besar ini pun sedar diri perlu pakai baju size XL. Jahil sangat lah kalau saya nak pakai saiz M pula.