Mata Tak Habis-Habis Tengok Phone Semasa Mengajar, Netizen Mahu Guru Buat Live Semasa Dalam Kelas Diambil Tindakan
Pada zaman ini, ramai yang memanfaatkan media sosial melalui pelbagai cara. Walau bagaimanapun, netizen mengganggap ia tidak sesuai digunakan ketika bekerja.
Seperti yang tular pada hari ini, seorang pengguna Twitter telah mendedahkan tindakan seorang guru yang mengajar secara live atau siaran langsung sedangkan dia berada dalam kelas bersama murid-murid.
Menerusi ciapan tersebut, pemilik akaun Twitter @n_ahwal juga berkongsi bahawa dia sempat menegur guru tersebut. Namun tegurannya tidak diterima lantas disekat oleh guru itu.
Baginya, perbuatan guru ini tidak boleh diterima. Pengajar sepatutnya memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.Sekolah mana ni? PPD tolong ambil tindakan dekat cikgu cikgu yang buat tiktok fb live semua ni. This is unacceptable. Your focus should be 100% in class! pic.twitter.com/isJ6lcdBOu
— Tai Tai (@n_ahwal) April 13, 2022
“Memang Tak Patut Guru Buat Live..”
Ciapan tersebut telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang turut mengecam tindakan guru tersebut yang mengajar secara live dalam kelas fizikal.
Selain dilihat tidak profesional, netizen menganggap tindakan guru ini membuatkan dia hilang fokus kepada kelas.
Sesetengah netizen yang bergelar ibu bapa juga tidak bersetuju dengan cara guru ini yang merakam anak-anak murid tanpa kebenaran mereka semata-mata untuk dijadikan content di media sosial.
Selain ibu bapa, netizen yang bergelar guru juga tidak bersetuju dengan tindakan guru ini.
“Saya sendiri cikgu. Perkara ini tidak boleh diterima. Live dia pernah lalu FYP. Mata tak habis-habis tengok phone semasa cikgu ni mengajar. Siap dok respon dekat chat lagi. Dia tak 100% fokus dalam kelas.”
Sementara itu, isu tular ini juga telah mendapat perhatian Dr Radzi Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia.
Dalam ciapannya, beliau menegaskan bahawa penjawat awam dilarang untuk menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat.
Dr Radzi Jidin juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat kes tular ini.
Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan PERIBADI semasa waktu PEJABAT samada menerusi peralatan komputer / alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat / melalui peralatan peribadi.
Ruangan komen, bukan murid yg tonton. Pekerja oil & gas pun ada.
KPM akan siasat. https://t.co/1O4UvfYMC3 pic.twitter.com/PM5po016g2
— Radzi Jidin Comms (@DRJComms) April 13, 2022