Rakyat Rusia Lari & Cuba Memasuki Wilayah Georgia, Enggan Sertai Percerobohan Ke Atas Ukraine
Sejak kebelakangan ini, dua negara dan juga kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Ukraine telah menghebohkan satu dunia setelah kedua-dua negara ini berperang. Ekoran peperangan yang berlaku pada beberapa bulan yang lepas telah menyebabkan ramai dalam kalangan penduduk dunia turut terkena tempiasnya.
Bukan sahaja kedua-dua negara ini terkesan namun penduduk negara lain juga turut sengsara ekoran peperangan tersebut. Salah satu kesengsaraan yang mungkin di alami oleh seluruh penduduk dunia pada ketika ini adalah kenaikan harga barangan.
Rakyat Rusia Lari & Cuba Memasuki Wilayah Georgia, Enggan Sertai Percerobohan Ke Atas Ukraine
Malah terbaharu, heboh pula berkenaan dengan negara kuasa besar ini apabila dilihat ramai rakyat Rusia yang mula melarikan diri dengan pelbagai cara. Termasuklah dengan menaiki kapal terbang.
Seperti mana yang dilaporkan oleh Harian Metro, tiket penerbangan keluar dari Rusia meningkat berkali ganda selepas ribuan rakyat negara berkenaan tidak mahu menyertai pencerobohan ke atas Ukraine.
Carian “bagaimana untuk meninggalkan Rusia” di Google juga meningkat selepas beberapa jam Presiden Rusia, Vladimir Putin membuat ucapan.
Walaupun harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan melambung tinggi namun ia tetap mendapat sambutan. Menerusi data aplikasi Flightradar24 juga terdapat peningkatan penerbangan keluar dari Rusia dan penerbangan yang meningkat tersebut menuju ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Turkiye.
Menerusi aplikasi TikTok pula, seperti mana video yang dikongsikan oleh muzaffar_syah dapat dilihat ada segelintir rakyat Rusia yang membawa bagasi. Mungkin juga turut mengatur strategi untuk keluar dari negara kuasa besar itu. Rakyat negara tersebut itu dilihat berada di sepanjang tepi jalan.
Menurut Muzaffar, menerusi penyataan yang ditulisnya dalam video berkenaan, rakyat Rusia melarikan diri dan memasukki wilayah Georgia. “Rakyat Rusia cuba memasuki wilayah Georgia setelah meninggalkan negara Rusia. Cuba melarikan diri daripada seruan Kerajaan Rusia dan ancaman nuklear”.
Mungkin mereka manusia yang cintakan kedamaian
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditulis oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan mereka yang lari ini adalah manusia yang cintakan kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan. Bukan peperangan.
“Mungkin mereka manusia yang cintakan kedamaian, ketenangan dalam kehidupan, bukan peperangan”, tulis pemilik akaun TikTok PakTam.
Tidak kurang juga ada yang menulis dan menyarankan agar presiden Ukraine dan Rusia yang berlawan dan bukannya rakyat yang menjadi mangsa.
“Cuba presiden Rusia lawan presiden Ukraine. Baru adil, nik rakyat yang jadi mangsa. Manakala presiden pakai suara sahaja” – Just|Rakan Kongsi
Walaubagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Muzaffar itu tidak dapat diketahui kesahihannya. Apakah benar mereka yang berada di dalam video tersebut cuba melarikan diri dari Rusia. Walau apa pun, semoga rakyat Malaysia dan seluruh dunia dalam keadaan baik-baik sahaja.
Kredit: TikTok Muzaffar Syah
Baca juga: Dari Pelacur Kepada Pembela Wanita, Gangubai Kathiawadi Suntik Semangat Feminisme Luarbiasa!