Pokok Ceiba Chodatii Yang Berharga RM180,000 Di Kuala Terengganu Dilaporkan Sudah Mati

Sumber Rujukan : Siakap Keli

Ceiba Chodatii daripada Brazil baru-baru ini untuk ditempatkan di Bandar Baru Kuala Nerus di Terengganu dilaporkan telah mati, lapor Berita Harian.

Faktor cuaca, tanah dan baja menyebabkan pokok tersebut mati.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur; Kemudahan Awam;. Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Hijau Rosli Othman menjelaskan kepada akhbar bahawa :

“Amat sayang sekali kerana pokok berkenaan sudah mati, ianya tidak dapat dielakkan kerana faktor cuaca.”

“Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia adalah panas, namun ada beberapa perbezaan ketara untuk pokok berkenaan ditanam di sini,”

Sebelum ini telah timbulnya kontroversi selepas pihak pembangkang mempersoalkan perbelanjaan untuk mendapatkan pokok berkenaan daripada Brazil.

Bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan bahawa pokok berkenaan dibeli adalah tidak datang daripada peruntukan awam.

Pengarah JKR Terengganu Ab Hamid Md Daud berkata pembelian pokok-pokok telah ditanggung oleh kontraktor utama projek ini dan tidak termasuk dalam skop projek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat