Adab Makan Di Kedai Yang Perlu Anda Tahu
Islam merupakan agama yang menyeluruh dari semua aspek kehidupan kita. Mulai dari beribadah, bersosial, hingga adab-adab dalam melakukan sesuatu, seperti makan pun diajar dalam Islam. Makan dan minum adalah hal yang setiap orang lakukan setiap hari, sehingga kebanyakan orang memandang remeh hal ini.
Seorang confessor di laman IIUMC telah berkongsi pendapat beliau yang juga berpengalaman dalam melayan perangai dan karenah orang kita yang pelbagai:
Aku bekerja di sebuah restoran yang popular dengan produk kek.
Sepanjang aku kerja macam-macam kerenah manusia aku dah jumpa. Jadi aku rasa nak tegur beberapa kelakuan yang patut elakkan lah kalau berkunjung ke mana-mana restoran pun. Sebab ya lah, kami pekerja ni pun manusia jugak bukan robot takda perasaan.
1) Jangan bersiul
Ada sesetengah pelanggan suka bersiul bila nak panggil kami. Aku geram betul dengan customer yg macam ni. Lebih baik jika angkat tangan dan sebut ‘excuse me’ . Lebih sopan.
2) Baca nama menu
Restoran aku ni kan popular dengan kek, jadi ada satu display chiller untuk kek. Jadi customer kalau nak pilih kek tolong lah sebut nama kek betul-betul macam tag nama yang dah disediakan. Bukan apa, kami memang dah kenal kek tapi bila ada jenis yang main tunjuk je lepastu marah bila kami salah ambik sebab kami memang tak nampak tangan customer dari dalam. Ada yang bila kami dah minta sebutkan nama kek, boleh lagi tunjuk ‘ha yang ni , yang ni la’ Tolong lah rajin membaca .
3) Jangan minta satu-satu
Pernah kami dapat customer, minta satu satu. Contoh, kami dah hantar makanan. Lepastu minta pinggan lebih, dah hantar pinggan minta sudu lebih, dah hantar sudu minta sos , dah hantar sos minta tambah order. Allahu, tolong la minta semua sekali. Penat tahu ulang alik lagi-lagi kalau customer tengah ramai.
4) Outside Food( Makanan luar)
Tahu kan kebanyakan restoran memang melarang makanan luar. Tapi kadang-kadang, kami lepaskan je sebab kalau setakat roti , biskut takda la kami berkira sangat. Tapi jadi geram bila makanan tu dimakan tapi sampah sisa tu tinggalkan macam tu je. Ya kami dibayar untuk kemas tapi tolong lah jangan jadi pengotor sangat. Kadang tu order air satu je tp sisa sampah makanan luar tu yang banyak. Bawa makanan luar tolong la sampah tu bawa keluar sekali.
5) Jangan campak duit
Selalu ada customer yang bila nak bayar duit main letak gitu je jauh dari cashier. kan lebih elok kalau hulurkan kat tangan cashier. Ada lagi teruk bagi duit tolak-tolak je macam kami ni peminta sedekah. Pernah sebab aku geram sangat, aku hulur tangan siap senyum nak ambil duit, customer main letak je terkial-kial la aku nak kutip duit tu, bila nak bagi baki, aku pun letak je walaupun dia dah hulur tangan. Sorry, what u give u get back.
6) Fokus dan pandang muka
Bagi aku benda ni simple je. Tapi entah lah kenapa ada sesetengah customer susah nak buat. Bila kami tengah ambil order dan ulang balik order. Tolong fokus dan pandang muka kami. Supaya tak ada lah tersilap atau terkurang order. Lepastu, sedih tak kalau kita tengah ulang order, dah lah tak pandang muka siap boleh borak lagi tu dengan kawan. Pergh, sedih tahu macam cakap dengan dinding.
Bagi anda yang ke kedai untuk makan. Pastikan menjaga adap dan tatasusila yang betul… Kita sebagai manusia perlu menjaga adap dalam melakukan setiap perkara. Perlu ada rasa hormat tidak kira kaya atau miskin mahupun tua atau muda. Kita satu Malaysia!!