Tips Membeli Rumah Landed
Dalam kita tidak sedar, banyak tips membeli rumah yang dikongsikan untuk mereka yang baru pertama kali ingin membeli rumah. Membeli rumah adalah impian setiap orang di Malaysia. Terutama rumah pertama yang akan didiami. Bagi rumah untuk tujuan pelaburan pula dibeli dengan strategi lain.
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah bertanah (landed house), beberapa perkara anda perlu jelas tentang objektif pembelian anda mengikut keperluan dan kemampuan poket anda agar tidak merasa rugi kemudian nanti. Di sini kami akan kongsikan beberapa tips yang juga dikongsikan daripada seorang lelaki di Facebook in case anda sedang memburu rumah landed idaman hari ini.
Tips buru rumah landed:
- Belilah dari pemaju gagah dan sentiasa bagi extra value. Contohnya, SP Setia bina balai polis tambahan Setia Alam dan siap bagi bonus pada polis.
- Berdekatan dengan sekolah sama ada sekolah International, Cina, Kebangsaan, atau Tamil.
- Bayar premium untuk township. Jadi anda tidak terkejut jika tiba-tiba ada tanah kosong tiba-tiba menjadi loji taik di depan rumah. Well planned.
- Terdapat banyak bank kat komersial area. Segelintir masyarakat cina tidak boleh hidup jika tiada bank, sebab mereka meniaga dan perlukan Cash Deposit Machine.
- Cari kawasan yang ada good mix of Cina, Melayu, India, dan foreigner.
- Cari developer yang plan nak buat mall.
- Cari developer yang peka pada landscaping (extra value).
- Cari majlis perbandaran yang tip top cam MPSJ dan MBSA. Sekiranya dapat yang cokia, akan mendatangkan masalah kepada anda seperti sampah lambat angkat, lalang terbiar serta jalan berlopak.
- Beli unit sebelah corner lot agar dapat parking lebih.
- Cari kawasan banyak orang middle class. Nanti mereka naik pangkat, diorang akan reno rumah. Anda akan dapat limpahan rahmat.
- Cari rumah yang mempunyai jarak antara rumah besar seperti mempunyai jalan luas. Sekiranya anda double park pun masih boleh lalu dan tidak menyebabkan jalan tersumbat atau sesak.
- Cari teres yang mempunyai longkang dan wayar elektrik tersembunyi bawah tanah. Ia akan membuat suasana rumah anda nampak cantik dan tiada longkang serta anda juga boleh parking cun.
- Elakkan tempat ibadat. Faktor perayaan dan bunyi. Unless kawasan tu homogenous. Kalau semua jiran Melayu baguslah sekiranya dapat tepi masjid.
- Cari yang dekat dengan exit lebuhraya. Walaupun rumah jauh dari KLCC, senang untuk menggunakan jalan highway. Anda juga boleh cari kawasan yang mempunyai multiple highway jadi ada banyak options untuk Waze.
- Cari kawasan G&G jika mampu. Kalau takpun cari kawasan yang ada guard. Hal ini adalah sangat penting kerana digestion period landed ini sudah lama serta kes pecah rumah juga senang berlaku sekiranya tiada security.
- Cari kawasan crime rate rendah. Sebab tu SP setia siap bina pagar free untuk teres Setia Alam. Extra value tu.
- Landscaping juga penting untuk mendapatkan suasana yang aman dan tenang. Eco World pandai buat landscaping.
- Cari unit mengadap air, bak kata orang cina ‘baru ada ong’.
- Cari unit bilik utama (master bedroom) yang tidak mengadap dengan arah matahari jatuh. Kerana ia akan menyebabkan bilik anda bahang serta boleh menyebabkan bil aircond anda melambung tinggi.
- Cari unit atas bukit, bak kata orang cina,’ baru lah ada ong’.
- Cari rumah yang design berbeza setiap tiga empat row supaya bentuk design tersebut nampak unik. Bukannya satu taman menggunakan design yang sama. Yang tidak mempunyai USP.
- Cari parking garage yang tidak tilted. Jika anda memilih garage yang tidak tilted nanti tidaklah membahayakan keselamatan anda dan keluarga.
- Sebaiknya cari 22 x 75 kalau mampu. Parking senang masuk dua kereta. Now, minimum sebuah rumah mempunyai dua tiga buah kereta.
- Cari kawasan taman yang ada single entry dan keluar kerana ia lebih safety.
- Cari unit mengadap hujung taman. Mempunyai extra parking, dan senang kalau orang datang kenduri.
- Kalau boleh elakkan berdekatan dengan bilik elektrik TNB, bawah wayar power cable, tepi loji taik, serta ada tempat pelupusan sampah. Ada orang takut kena kanser katanya sebab kabel TNB.
- Pricing belian janganlah over sangat. Takut esok-esok nak jual payah kalau terdesak.
- Cari layout yang boleh diubah jadi banyak bilik in case anda nak letak partitions untuk main game sewa per kepala.
- Selalunya freehold tanpa sekatan itu ada added bonus sekiranya kawasan itu mempunyai kaum mixed.
Kesimpulannya, kebiasaannya teres ini orang beli untuk tinggal sendiri atau membesarkan keluarga. Ada juga orang beli untuk pelaburan tapi seeloknya belilah untuk tinggal sendiri. Harga teres juga mahal sekarang tetapi pada zaman sekarang belilah walaupun hanya bersaiz 18 x 65. Walaupun bersaiz kecil at least it is not a shoebox. Akhir sekali, cukuplah dengan tips yang diberikan setakat ini. Semoga bermanfaat.