Tahukah Anda, Kurang Tidur Dari 7 Jam Boleh Munyumbang 9 Risiko Kepada Kesihatan Tubuh


Keadaan dunia hari ini, menyebabkan kita sering terlupa untuk mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Ini terjadi gara-gara terlampau sibuk dengan kerja atau sibuk dengan pelajaran. Malah ada sesetengah masyarakat menganggap setakat tidak tidur satu hari, bukanlah perkara yang besar dan memberi kesan kepada kesihatan dan juga tubuh. Tetapi pernahkah anda sedar bahawa mendapat tidur dan rehat yang secukupnya juga merupakan satu keperluan.

Selain itu, mendapat waktu tidur selama 7- 8 jam juga adalah tempoh yang disarankan oleh pakar supaya badan dan minda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah 9 risiko kepada tubuh kita apabila tidak mempunyai tidur yang cukup.

1- Risiko Tinggi Kepada Kanser

Menurut salah satu kajian yang dilaporkan di luar negara, kurangnya tidur sebenarnya dapat mendedahkan kita dengan risiko penyakit kanser. Antara kanser yang terlibat adalah kanser kolon dan kanser payudara.

2- Kulit Cepat Mengalami Penuaan

Sudah semestinya apabila tidak mempunyai tidur yang cukup, jelas akan terpancar di wajah kita. Kajian juga mendapati bahawa jika kulit sering terdedah dengan cahaya matahari pun tidak akan kembali sembuh jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup.

3- Cenderung Kepada Amalan Gaya Hidup Tidak Sihat

Apabila kita tidak mempunyai waktu tidur yang cukup dan tidak teratur, maka kita lebih cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Antara gaya hidup yang tidak sihat termasuklah merokok dan suka ambil makanan yang berkalori tinggi . Hal ini kerana ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan sistem dalaman badan kita tidak stabil.

4- Masalah Ingatan

“Kenapalah aku selalu lupa?” Ini adalah perkara yang akan selalu terjadi apabila anda tidak mempunyai waktu tidur yang secukupnya. Perkara ini terjadi bukan sahaja untuk dalam tempoh yang dekat. Malah ia juga dapat menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa yang panjang, jika penjagaan waktu tidur tidak dilakukan secara teratur.

5- Risiko Penyakit Alzheimer

Berdasarkan beberapa kajian di luar negara ada menyatakan bahawa tidur merupakan salah satu cara untuk ’mencuci’ otak kita dari beta amyloid protein yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Jadi, jika waktu tidur tidak dijaga dengan baik dan teratur, macam mana kita nak lawan penyakit Alzheimer ini kan?

6- Mudah Mengalami Halusinasi

Sudah semestinya apabila tidak mempunyai waktu tidur yang cukup, fokus kita secara tidak langsung akan hilang dan akan mula berhalusinasi. Oleh yang demikian, semakin lama otak dan tubuh anda berada di tahap ‘berjaga’, maka proses anda berhalusinasi juga akan semakin bertambah teruk.

7- Sistem Imunisasi Tidak Akan Berfungsi Dengan Baik

Memang setiap tubuh kita mempunyai sistem imunisasi untuk mencegah tubuh kita dari sebarang jenis penyakit. Namun sistem imunisasi yang terdapat dalam badan tidak akan berfungsi dengan baik ketika anda letih. Oleh itu, salah satu cara untuk menguatkan lagi sistem imunisasi kita adalah dengan mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti.

8- Selalu Sakit Kepala

Kenapa selalu pening kepala walaupun sudah tidur sebentar? Mendapatkan waktu tidur yang cukup iaitu selama 7 jam dan keatas adalah ‘penawar’ bagi masalah sakit kepala yang berpanjangan. Walaupun anda sudah tidur sebentar, namun ia sebenarnya masih belum memadai untuk tubuh dan otak anda berehat.

kerap sakit kepala antara risiko daripada kurang tidur

9- Sleep Apnea

Masalah sleep apnea adalah dimana anda selalu berdengkur ketika tidur. Hal ini menjurus kepada masalah untuk tidur dengan lena gara-gara sistem pernafasan kita sudah tersumbat. Rawatan lanjut harus diambil supaya dapat mengelakkan keadaan pernafasan yang lebih serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat