LCW TRIPLE FINAL VS USAIN TRIPLE TRIPLE: Satu Penilaian Berasaskan Sains Empirikal
Berikut ialah analisis oleh Dr Rem Dambul terhadap kejayaan triple oleh Dato’ Lee Chong Wei dan Usain Bolt.
1
Saya tau ramai yang patah hati kerana Olimpik terakhir LCW tidak menuai Emas, pingat idaman satu Malaysia. Hingga ada yang begitu sinikal, cuba meremehkan apa yang dicapai. Mungkin sebab terlalu kecewa.
Anehnya. Dalam kalangan yang mencebik itu, ramai pula yang teruja tahap klimaks dengan rekod gemilang Usain meraih tiga emas dalam tiga Olimpik berturut-turut. Tapi persoalan saya – antara ‘triple final’ LCW dan ‘triple triple’ Usain, yang manakah SEBENARNYA lebih agung?
I don’t mean to undermine either of these two great athletes. No. Of course both of them are special in their own right. But now, let’s use empirical science – a more objective and fairer measure – to put these two amazing achievements into a well balanced context.
2
Kecuali acara bolasepak lelaki, Olimpik adalah medan tertinggi pertandingan bagi semua kategori sukan. Bermakna, untuk berdiri di atas podium pingat Olimpik, para atlet perlu menewaskan sejumlah peserta terhandal di seluruh dunia. This is the ultimate benchmark for greatness!
Tetapi kita juga mesti ingat. Bukan semua jenis sukan mempunyai ‘darjah kesukaran’ yang setara. Bergantung kepada populariti dan jumlah penyertaan pada level grassroot – sesuatu jenis sukan menawarkan tahap persaingan yang berbeza-beza.
Lebih ramai yang menyertai sukan tersebut seantero global, maka tentulah lebih sukar untuk menang. Peserta terpaksa bergelut dengan persaingan yang berganda sengit. Kenapa? Kerana secara teori dan praktik – bila ‘pool of competitors’ lebih besar, maka para atlet mesti menewaskan pesaing yang bukan saja lebih ramai, bahkan lebih kompetitif. Because stronger competitions would naturally produce tougher athletes.
3
Mengikut data kolektif daripada federasi internasional untuk pelbagai jenis sukan, 5 acara dengan ‘penyertaan’ tertinggi (most PLAYED sports) adalah: Volleyball (998 juta), Basketball (400 juta), Ping Pong (300 juta), Bolasepak (242 juta) dan Badminton (200 juta). Olahraga pula – iaitu acara pengkhususan Usain Bolt – hanya disertai kurang daripada 1 juta di seluruh dunia.
Note: MOST PLAYED is not the same as MOST FOLLOWED (which is dominated by soccer). Yang pertama itu tentang penyertaan sebenar (played), sedangkan yang kedua itu hanya melibatkan penontonan (watched).
Now, for a fair comparison – we must consider the level of competition that each athlete has to fight through in his/her respective event. Barulah kita boleh buat timbangtara yang saksama untuk menentukan ‘kualiti sebenar’ pencapaian seseorang ahli sukan. The ‘playing field’ must be leveled and normalised first; kata orang putih.
4
Let’s go back to the main argument: Triple Final by Datuk Lee vs Triple Triple by Mr. Bolt – which task is more challenging (thus has a much higher merit of awesomeness)?
Baik, anggaplah bahawa dari statistik penyertaan sukan di atas itu: 50% adalah lelaki, 50% lagi wanita (anggaran konservatif). Jadi, untuk Usain Bolt melayakkan diri ke acara final di Olimpik – dia hanya perlu bersaing dengan lebihkurang 0.5 juta rival di seluruh dunia. Iaitu kurang 99.5 juta berbanding dengan ‘musuh’ yang mesti digempur oleh LCW; atau hampir 2000 (ya, dua ribu!) % lebih rendah, kalau diukur secara peratusan.
Ya betul, Usain berdiri di puncak podium emas selama tiga kali Olimpik berturut-turut untuk tiga disiplin. Sedangkan LCW berada setangga lebih rendah (tapi juga tiga kali berturut-turut!). Namun begitu, jika diukur kepada ‘level of competition’ dan ‘degree of difficulty’, ternyata pencapaian LCW jauh lebih sukar dan berat. Bahkan rivalry yang mesti ditangani juga menuntut semangat juang lebih tekal.
5
Menempuh peperangan yang lebih gadang, dengan menewaskan armada musuh yang lebih besar – pasti membawa nilai historia yang lebih bermakna. Secara logik, wibawa panglima perang yang bertarung dalam pertempuran Kalinga di benua kecil India pada 262-261 SM – tentulah tidak setanding dengan legasi panglima perang Empayar Mongolia yang menakluk segenap Eurasia pada 1206-1324 M. Begitu bah, kan?
My argument is not intended to belittle any particular sport. Atau cuba memberi kasta kepada jenis-jenis sukan yang berlainan. TIDAK. Of course, a victory is a victory – doesn’t matter what is the size of your battle.
Pun begitu, bila terlalu ramai yang taksub dengan warna pingat tetapi lupa pada ranjau-liku perjuangan, kita boleh siumankan mereka dengan mengolah semula perspektif sedia ada. So they can relearn to appreciate the hidden unseen significance. That is the message I am trying to convey here.
6
My point is loud and clear. Kalau kamu boleh girang terkinja-kinja macam tupai disengat tebuan sebab mengagungkan ‘triple triple’ Usain Bolt – tidak ada alasan kenapa kamu tidak boleh berguling-guling penuh emosi tujuhbelas batu, mengagumi pencapaian ‘triple final’ LCW. A feat that is statistically more improbable and technically is much harder to achieve.
Tahniah LCW dan semua ahli kontijen Olimpik Malaysia!
Namun terdapat perbezaan pandangan oleh Nor Khairy :
Analisis yang tidak relevan dengan mesej yg nak disampaikan. The amount of participants does not necessarily mean it will or will not produce more tough opponents. I’m pretty sure tak ramai masuk athletics sebab masa sekolah dah tahu lari lambat. Badminton kalau tak pro main pun, game tu fun coz of banyak tactic boleh pakai.
After thinking again like I did before, the amount of participation does not necessarily mean it will or will not produce tougher opponents. Following what I said earlier also, I want to add that you only need at least 1 rival to push each other to the limit and beyond. If your strategy to counter the critics of Dato Lee’s amazing achievement is by using the basis of the number of participation, I would recommend revising it.