Tak Sampai 16 Jam, Lebuh Raya Rosak Akibat Gempa Bumi di Jepun Siap Dibaiki Buat Warganet Kagum
Gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter di timur laut Jepun pada malam Rabu lepas cukup menggemparkan warganet. Kejadian tersebut turut melibatkan tiga orang maut dan lebih 180 orang cedera di 12 wilayah.
Gegaran dahsyat itu juga telah menjejaskan banyak jalan raya termasuklah lebuh raya Tohoku Expressway. Lebuh raya tersebut terpaksa ditutup untuk kerja baik pulih akibat berlakunya keretakan sepanjang 100 meter.
Namun, kemampuan waga Jepun sekali lagi berjaya mengagumkan warganet seluruh dunia. NEXCO (Nippon Expressway Company) iaitu syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya di sekitar Jepun mengambil masa yang sangat singkat untuk baik pulih permukaan jalan yang rosak.
Lebuh raya rosak akibat gempa bumi dilaporkan berlaku pada pukul 11.36 malam Rabu siap dibaiki kira-kira pukul 3.30 petang keesokan harinya.
Perkembangan yang diwar-warkan oleh syarikat penyelenggara lebuh raya itu sendiri ternyata membuatkan warganet cukup kagum. Mereka dilihat sangat cekap kerana dapat menyiapkan tugas tersebut dalam masa 15 jam 54 minit sahaja.
Walaupun mengambil masa yang singkat, syarikat penyelenggara tersebut tetap mengucapkan maaf atas kesulitan yang berlaku walaupun perkara ini berlaku disebabkan bencana alam. Baik sungguh !
Rata-rata warganet sangat terpesona dengan kerja pantas dan cekap yang ditunjukkan oleh syarikat lebuh raya Jepun ini.
Super quick fixed of earthquake damage of highway asphalt in 16hrs. 👏🙂 One of the coolest things in Japan. Ppl can go and drive during this coming long weekend. Also domestic transport. https://t.co/LXQdURygCI
— aki 🥃🙂🤘 (@fukayaqui) March 17, 2022
Sesetengah netizen turut menyifatkan perkara ini tidak akan berlaku di negara mereka ! Menurut mereka, ia adalah pencapaian yang agak luar biasa kerana kerosakan seperti ini biasanya mengambil masa beberapa minggu atau berbulan untuk dibaiki.
It’s not a myth. Japan fixed the roads damaged by yesterday’s earthquake in ~16 hours.
If that would happen in Ecuador, replace hours with months. https://t.co/UWFDtVYXAR— Marco Alban (@mvalbanp) March 17, 2022
Japan repaired a freeway section damaged by last night’s earthquake within 24 hours. I wonder how long it would take to fix this in the states… https://t.co/UQL1XO2dd8
— なるど (@76do__) March 17, 2022