Keluar Makan Bersama Isteri Atau Suami Dapat Menyuburkan Kasih Sayang


JOM KELUAR MAKAN

Kalau suami ajak isteri keluar makan, bermakna dia ada banyak duit masa itu. Dia nak belanja isterinya dan mungkin ingin menyatakan yang dia “Cinta” pada isterinya malam itu.

Nasihat kepada isteri:
1. Jangan banyak dalih dan soal seperti.. “Nasi dan lauk banyak lagi tu.. siapa nak makan….” Nanti apa yang anda cakapkan itu difahami oleh suami sebagai anda tidak mahu keluar. Walaupun “bahasa terbalik” anda bermaksud anda pun suka nak makan keluar.
2. Terus jawab, ” Ye ke!!!!! best, sayang abang.. jom”. Pasti suami anda rasa bahagia malam itu. Kerana telah membahagiakan isterinya.
3. Ikut ajelah ke mana restoren yang dia ingin bawa. Sebab malam itu dia yang nak belanja, jadi dia adalah hos. Walaupun tempat yang dia bawa itu anda tidak suka.

slider021-2000x925

4. Jika dia yang minta anda tentukan restorennya, Jangan kata “Ikut abang le”. Dia akan pening kepala. Dalam mindanya dia ingin isterinya bahagia. Terus terang kepadanya secara jelas restoren yang anda suka malam itu.

Kalau isteri ajak suami keluar maka, bermakna dia bosan makan di rumah.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Nasihat kepada suami:
1. Terus bawa di keluar tanpa berikan apa-apa komen ke mana sahaja dia suka. Kerana jiwa dan emosinya pada masa itu sangat “down”, dia perlukan suasana lain untuk tambahbaiki hormon oxytocinnya yang telah susut.
2. Jika anda tiada wang masa itu, beritahu dia semasa dalam perjalanan. In sya Allah, semasa membayar nanti, dia akan keluarkan wang daripada beg tangannya dan menghulurkan kepada anda di bawah meja.
3. Jika boleh sepanjang makan malam bersamanya, elakkan bercakap perkara yang boleh menimbulkan krisis. Ini akan merosakkan proses pembikinan hormon oxytocin dalam jiwanya. 4. Ucapkan terima kasih dan I Love U kepadanya sebelum anda berdua melabuhkan tirai malam itu.

Selamat mencuba… Pak Utih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat