20 Koleksi Kenderaan Menggunakan Jalur Gemilang


Apabila masuk bulan Ogos, akan mengingatkan kita akan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia, iaitu tanggal 31 Ogos. Tarikh kemerdekaan bagi semenanjung Malaysia. Sambutan kemerdekaan disambut dengan pelbagai acara dan aktiviti. Tidak lupa juga dekorasi kenderaan menggunakan jalur gemilang. Menghiasi kenderaan dengan jalur gemilang dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam diri dan masyarakat untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

1. Kereta

Ini adalah beberapa dekorasi dari kereta-kereta menggunakan lambang nasional, Jalur Gemilang. Kereta-kereta yang dipasang dengan Jalur Gemilang menunjukkan semangat patriotisma pemiliknya yang menghargai makna kemerdekaan.

Sumber : Astro AWANI

Sumber : Utusan Borneo

Sumber : Utusan

Sumber : Pusat Internet Kg Batu Payung, Tawau

Sumber : Utusan Borneo

2. Motosikal

Tidak kurangnya bagi motosikal. Pelbagai dekorasi yang dikenakan di motosikal bertemakan jalur gemilang. Yang dapat menunjukkan perasaan cinta akan tanah air. Tidak kira generasi tua atau muda, kita mestilah sama-sama mengekalkan kesejahteraan dan kemerdekaan negara kita. Ini kerana Kemerdekaan adalah suatu yang amat penting untuk kita semua. Untuk mencapai Keerdekaan banyak kesulitan dan kesusahan yang harus dihadapi oleh pejuang terdahulu. Ramai yang telah terkorban untuk mencapai kemerdekaan ini.

Sumber : Utusan Borneo

Sumber : Andirosnita

Sumber : Media Tv Kota

3. Basikal

Basikal juga boleh digunakan untuk menyemarakkan Hari Kebangsaan. Tidak kiralah di sekolah atau di mana sahaja. Setiap bendera melambangkan kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan sesebuah negara. Setiap 31 Ogos Jalur Gemilang akan dikibarkan untuk menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas kemerdekaan negara. Kegembiraan ini diharapkan dapat dikongsi seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan semangat patriotik terhadap tanah air tercinta.

Sumber : SMK Teluk Bahang

Sumber : Sk Sungai Kelambu

Sumber : Astro AWANI

Sumber : Kg Sungai Buloh

Sumber : Utusan Online

Sumber : Harian Metro

Sumber : Harian Metro

4. Beca

Menghiasi beca dengan jalur gemilang juga boleh digunakan untuk memeriahkan Hari Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai makna kemerdekaan yang deperjuangkan oleh perajurit negara yang banyak berkorban untuk memperoleh kemerdekaan. Justeru, tidak salah jika kita berkorban dan secara sukarela mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan kepada pahlawan negara samaada yang dulu mahupun yang sekarang.

Sumber : Perpaduan

Sumber : Astro AWANI

Sumber : Skkayang

Sumber : Sinar Harian

Sumber : Grimha

Kesimpulannya, bagi memeriahkan sambutan Kemerdekaan kita haruslah bekerjasama dalam memeriahkannya. Sempena tema untuk tahun ini, 2019 iaitu Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih. Yang menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cinta negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, dan bangsa.        (Sumber : Malaysiamerdeka)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat