FROM ZERO TO HERO: Perjalanan Anak Muda Kelantan Yang Cemerlang


Forum “Membina Kecemerlangan Diri” merupakan program anjuran Masjid Padang Bongor yang akan diadakan pada hari Khamis, 21-Jun-2018(esok).

Program ini mengetengahkan beberapa ikon orang muda yang bermula dari “Zero to Hero” dan bertujuan untuk mencungkil pengalaman serta asam garam kehidupan di negara orang yang serba mencabar. Ikon-ikon yang dijemput mempunyai pengalaman menetap di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kuwait dan United Kingdom sekaligus mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli panel.

Antara objektif program pada kali ini adalah :

1. Mengajak semua hadirin untuk bersama-sama muhasabah serta menilai peluang yang ada di sekeliling sekaligus berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dari semua aspek kehidupan selari dengan tuntutan agama Islam kita.

2. Perkongsian pengalaman, ilmu, serta pandangan ahli panel dalam akademik, adaptasi hidup di negara orang dan asimilasi budaya serta kemasyarakatan ini membuka minda hadirin untuk meneroka peluang dan kehidupan di negara orang.

3. Mengenalpasti ciri ciri kebersamaan muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Berikut sedikit biodata ahli panel forum yang merupakan individu “From Zero to Hero”:

1. Saudara Khalid Ismail (29 tahun) – Lepasan Ijazah Sarjana Muda Engineering dari Universiti di Korea. Beliau pernah muncul dalam program TV Korea dalam rancangan The Summit sebanyak dua kali. Kini beliau menetap di Seoul, di Korea Selatan dan sedang mengusahan perniagaan disana. Berumur 29 tahun. Bersekolah di SRK Islah dan di Maahad Muhammadi dari Tingkatan 1-5.

Tonton rakaman rancangan The Summit melalui klik gambar di bawah :

2. Saudari Lee Seul (30 tahun)– beliau merupakan seorang Muallaf dan isteri kepada Saudara Khalid Ismail. Beliau merupakan ahli perniagaan di Korea Selatan. Perkahwinan beliau dengan Khalid Ismail mendapat liputan meluas media di Malaysia.

Berikut adalah gambar perkahwinan mereka di Korea.

3. Saudari Dr Ummi Abdullah (32 tahun)– lepasan PhD dari Oxford Univeristi dalam bidang Bioteknologi. Kini seorang ahli saintis di Univeristi Cambridge. Menerima pendidikan awal di SRK Islah, seterusnya di Birmingham UK selama 4 tahun (mengikuti bapa belajar) dan setelah kembali ke Malaysia bersekolah di SMK Ismail Petra dan MRSM Pendang. Ummi Abdullah juga pernah menggemparkan dunia akademik dengan memenangi Oxford Prize dan kejayaan ini mendapat liputan media tempatan.

Maklumat Program :

Tempat : MASJID PADANG BONGOR  (Ruang solat jemaah muslimin dan muslimat)
Waktu : 7:00ptg-10:30malam
Tarikh : Khamis, 21hb Jun 2018
Bayaran: PERCUMA
Pakaian: Sesuai untuk solat

Bagi yang ingin menghadiri program ini, boleh teliti jadual program seperti yang dinyatakan.

 ATURCARA PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

7.30 mlm: Solat Maghrib
8.00 mlm: Tazkirah ringkas – Membina Kecemerlangan Diri bagi ibu bapa oleh Ustaz Rusli Ismail
8.45 mlm: Solat Isyak
9.15 mlm: Forum – Membina Kecemerlangan Diri
10.30 mlm: Sesi Soal Jawab
10.45 mlm: Jamuan Ringan & Bersurai

Semua dijemput untuk hadir dan kehadiran adalah percuma.

UNTUK Pendaftaran : Whatsapp/sms/call Azri ‭wassap.my/60109882484/

p/s: Program ini juga akan berikan peserta yang hadir peluang untuk berinteraksi secara whatsapp group selama sebulan dengan ikon ikon di atas untuk tujuan bimbingan dan tunjuk ajar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat