Penternakan Adalah Salah Satu Cabang Perniagaan Sama Ada Secara Sepenuh Masa Atau Sampingan
Perniagaan merupakan salah satu cabang cara untuk menambahkan pendapatan seseorang individu. Tidak hairanlah perniagaan memegang peratusan yang tinggi dalam menjana ekonomi. Dari segi aspek perniagaan juga terdapat beberapa cabang perniagaa. Ada yang secara kecil-kecilan mahupupun secara global.
Salah satu bidang perniagaan yang mendapat sambut tinggi adalah penternakan ayam. Hal ini kerana permintaan terhadap ayam semakin meningkat dan merupakan salah satu keperluan asas bagi penduduk Malaysia. Namun demikian ramai yang tertanya-tanya tips untuk menternak ayam dan ada juga menyatakan ianya sukar.
Tips Ternak : Fasa Untuk Menjual
Setelah membela ayam dengan jayanya (lebih kurang) 3 bulan dan melepasi fasa kemurungan jika ada ternakan yang gugur dimedan perang sebelum dituai hasilnya, maka masa ucap selamat tinggal pun akan bermula.
- Untuk bakal penternak, sila la berkawan dengan penternak otai dan orang pasar sebelum awak mula menternak demi elakkan diri anda dari ditipu pemborong ayam pada harga bunuh diri.
- Elakkan dari memberi kredit kepada pemborong @ pembeli runcit. Kelak awak sendiri merana bila terpaksa kejar payment yang mana orang tersebut mahir pakai ilmu hitam (ghaib di alam bunian). Ayam awak memang dah hilang dah. Modal pusingan dan untung tinggal ilusi sahaja.
- Sediakan resit dan cop syarikat ketika sesi timbangan ayam yang di saksikan 2 pihak. Ambil gambar jika perlu untuk sesi pembelian kali pertama. Jangan timbang sebelah pihak sahaja. Nanti masalah lain timbul bila dituduh menipu berat kalau berlaku perselisihan.
- Rekod maklumat mengenai pembeli @ pemborong anda. Kemas kini nama, alamat, nombor telefon dan lokasi mereka berniaga.
Terakhir, sentiasa simpan dan asingkan modal pusingan perniagaan. Ambil kira kos lain yang terlibat seperti bil air, gaji pekerja, bil elektrik, petrol, bil telefon, kenderaan, lesen perniagaan dan lain-lain.