Tips Masuk Universiti Buat Mereka Yang Akan Melanjutkan Pelajaran


Sedang admin menikmati hujan yang lebat di petang hari nie sambil makan pisang goreng, perghhh sedap nyer,, hahaha… Admin belek2 laa ‘news feed’, kebanyakan ‘news feed’ friend admin pasal masuk universiti. Oww.. Patutlaa result upu kan dah keluar kelmarin dulu. Tu yang excited sangat nak sambung belajar. Ada yang post pasal beli persiapan terakhir la, pasal nak score gred tinggi menggunung laa dan macam-macam lagi. Dibawah nie admin kongsikan  sedikit tips daripada kawan2 admin dah graduan bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke universti. Semoga tips ini bermanfaat dan korang terus sukses ! Ameen.. In shaa Allah :

* Jangan terjerat dengan mitos-mitos Universiti macam kau tengok Emma Maembong masuk U dalam Isteri Separuh Masa.* Jangan terjerat dengan mitos-mitos selepas graduasi, tak dapat kerja tu salah kau, bukan salah sijil kau.

* Jangan ingat budak yang dapat kos pelik-pelik tu belajar senang. Macam TESL atau apa-apa yang anda tidak pernah sangka course tu wujud, ingat mereka belajar twinkle-twinkle little star kat kelas? Percayalah mereka juga struggle seperti anda.

* Kalau kau selalu dengar See You D IPT, ketahuilah, angan-angan itu akan musnah sebab abang-abang dan kakak-kakak usrah akan cakap Couple Haram.

u1

* Jangan jadi Mahasiswa 3K1D (Kelas Kafe, Katil, Dating). Join persatuan atau NGO sukarelawan. Kat situ kau boleh jumpa macam-macam orang yang akan berguna setelah kau begraduasi.

* Jangan terjerat dengan member-member yang ajak MLM, mereka cakap je nanti nak pakai kereta Merc ke, Toyota ke, Range Rover ke, dan bebagai lagi. Last-last, habuk pun tak dak !!

Kenalan admin yang join MLM, tak ada satu pun yang kaya raya. (Jangan habiskan duit pinjaman atau biasiswa kat budak MLM ni. Nanti sesak-sesak kau nyusahkan mak bapak. Harapkan upline kau? Jangan harap depa ikhlas sangat nak tolong kau).

Abang ulang lagi sekali. JANGAN JOIN MLM!

u2

* Bak kata ustaz sekolah admin. Kalau niat masuk U sebab nak dapat gaji besar-besar, hentikahlah. U adalah ladang ilmu. Kerja gaji besar adalah dari pengalaman. Baik kau cari pengalaman kalau nak gaji besar.

* Kalau ada pogram kek terbesar, donut terpanjang, nasi paling berani, atau apa-apa yang kau rasa tak payah masuk U pun boleh buat. Kau boikot.

* Ilmu selain course kau, jangan abaikan. Ilmu itu ILMU.

* Last but not least, kalau tak dapat masuk U. Ada banyak free lecture kat youtube. Bukak aja. Ilmu tidak semestinya di Universiti.

=======================================================================
Hidup kat U ni senang je selagi korang x langgar peraturan dan perintah ALLAH. huhu~
Ada orang pujuk join MLM yang bagi godaan dapat duit cara mudah janganlah percaya. haha! xde yang mudah sayang. TIADA. Tapi kalau ada ajak join bisnes macam DROPSHIP, pergilah, tapi make sure orangnya JUJUR. hewhew~( tapi jarang laa )
Ilmu tu kat mana2. jangan pandang lekeh pada budak2 kos lain. Masing2 ada susah senang dia. Ingat, ORANG YANG RIAK SELALU RUGI. Rajinkan diri join xtvt kat U. Sebab nanti kat luar dah susah nak join program2 sebab dah terikat dengan kerja and macam2.
Last but not least, murahkan diri dengan SENYUMAN. Tu salah satu cara nak berkawan. hehehe~ tapi jangan senyum macam orang x betul pulak. hahaha! serrammmm~

Itu sahaja tips yang dikongsikan daripada graduan yang berpengalaman buat mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke universti. Harap korang enjoy yer 🙂

Baca selanjutnya: Ada Apa Dengan Ijazah??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat