Veteran DAP Cadang Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan blok Borneo Bentuk Kerajaan Bersama


Sejak semalam, rakyat Malaysia ternanti-nanti siapa yang akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Siapakah yang menggantikan Datuk Seri Ismail Sabri masih lagi tidak dapat ditetapkan kerana tiada parti menang majoriti.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 semalam, Pakatan Harapan (82 kerusi) mendahului manakala Perikatan Nasional (73 kerusi). Barisan Nasional (29 kerusi), Gabungan Parti Serawak (22 kerusi) dan Gabungan Rakyat Sabah ( 6 kerusi).

Veteran DAP Cadang Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan blok Borneo Bentuk Kerajaan Bersama

Dek kerana tiada parti menang majoriti dan kerjasama diperlukan bagi membentuk kerajaan, veteran DAP iaitu Lim Kit Siang, hari ini telah memberi cadangan agar Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan parti Sabah serta Sarawak membentuk kerajaan bersama.

Beliau turut mencadangkan kerajaan yang dibentuk bersama itu berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saya cadang kerajaan gabungan PH (yang ada 82 kerusi), PN (73 kerusi), dan blok Borneo (35 kerusi) di bawah pimpinan Anwar sebagai perdana menteri untuk membentuk sebuah gabungan bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah.”

Tambah Lim Kit Siang lagi dalam kenyataannya hari ini, gabungan tersebut bakal menjadikan Malaysia ini hebat memandangkan mempunyai 190 orang ahli parlimen yang mana melebihi dua per tiga dari kerusi Dewan Rakyat.

“Gabungan untuk menjadikan Malaysia hebat ini akan mempunyai 190 orang ahli parlimen, yang melebihi dua per tiga dari 222 kerusi Dewan Rakyat.”

Lim Kit Siang juga sempat menyentuh soal Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi agar meletak jawatan sebagai presiden parti tersebut.

“Saya telah mulakan perjalanan politik saya 57 tahun yang lepas dalam hari-hari hegemoni Umno, dengan keretakan kecil saja sudah menjadi satu krisis nasional”.

“PRU semalam mungkin kelihatan seperti satu bencana untuk Malaysia tetapi (sebaliknya) ia patut dilihat sebagai pemangkin untuk Malaysia menjadi sebuah negara normal, yang hebat dan bertaraf dunia.”

Walaubagaimanapun, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa bimbang apabila Lim Kit Siang menyuarakan pendapat agar Pakatan Harapan bergabung dengan Perikatan Nasional. Rata-rata daripada mereka menolak apa yang disarankan oleh Lim Kit Siang ini.

Malah dalam masa yang sama, ramai juga yang tidak mahu Perikatan Nasional bekerjasama dengan Barisan Nasional kerana mereka menolak sekeras-kerasnya presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi.

Apa pun, semoga apa yang diputuskan nanti merupakan yang terbaik untuk Kerajaan dan Rakyat Malaysia.

Siapa Lim Kit Siang?

lim kit siang

Hanya sekadar makluman, Lim Kit Siang merupakan seorang ahli politik yang berbangsa Cina. Dilahirkan pada 20 Februari 1941, beliau telah mula menceburi bidang politik semenjak tahun 1969 lagi.

Kini saat usia beliau 81 tahun, kegigihan dan semangat patriotisme beliau tetap tinggi. Anaknya, Lim Guan Eng juga turut mengikut jejak langkah beliau dan kini kedua-duanya turut sama-sama berjuang dalam parti DAP.

Beliau yang mempunyai empat orang anak ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat.

Sumber: Malaysia Kini & Wikipedia

Baca juga: Sekumpulan Yahudi & Kristian Rancang Untuk Ambil Alih Malaysia? – Tan Sri Muhyiddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat