Tip-tip Membeli Rumah Lelong
Pasti ramai yang dah tahu yang rumah lelong ni adalah rumah yang hendak dilelong, tetapi ramai yang tertanya-tanya rumah lelong ni rumah ‘Second hand’ ke? Rumah lama ke? Rumah tak laku ke? Atau rumah pemilik tak bayar ansuran?
Andaian yang diberikan mungkin betul dan mungkin juga tidak. Untuk mengelakkan anda berfikir terlalu jauh, sebenarnya rumah yang hendak dilelong ini kebanyakan adalah disebabkan pemilik asalnya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya. Jadi pihak bank telah mengambil kembali dari pembelinya. Terdapat juga kes di mana pembeli tidak dapat meneruskan pembeliannya kerana pinjaman banknya tidak mendapat kelulusan. Ini menjadikan rumah tersebut ditinggalkan kosong begitu saja.
Apa next yang anda kena buat??? Lain orang lain nasihat. Ini ialah antara perkara yang akan dilakukan oleh Nazri Mustafa yang dikongsi di halaman facebook nya:-
1.Layari lelongtips.com
Zoom pada kawasan feveret atau yang dicari. Contohnya type Bangi,Kajang, Cheras, atau Bandar Sri Permaisuri ( bila saya type Permaisuri sahaja, Permaisuri di Sarawak pun keluar, secara tak langsung dapat luaskan pengetahuan Geografi).
2. Upgrade keahlian dalam lelongtips
Bila upgrade keahlian anda akan diberi alamat penuh harta yang hendak dilelong. Lagi tinggi upgrade lagi banyak kena bayar lagi banyak maklumat berkenaan harta lelongan akan diberi.
3. Site visit
Tengok rumah atau unit yang nak di lelong. Paling kurang 2 kali. Lebih dari 2 kali pun takpe. Ada yang dilawat berkali kali lain hari lain waktu lain masa. Hanya luangkan masa 5 minit di satu lokasi yang ada potensi bagi anda RM5 ke RM 50 ribu atau lebih pun malas ke?
4. Melawat kawasan bersama agen yang berpengalaman
Dari keadaan rumah (bahagian luar, kalau dah biasa atau anda site visit ditemani agen lelongan tersohor seperti Mohd Hafiz Bin Kamaruddin atau Izwan Latiff, boleh la ketuk pintu dan tanya rumah Encik nak kena lelong kan???)(nasihat saya jangan carik pasal camni).Kita nak dapatkan “feel” samada owner atau penyewa atau itu rumah tinggal. Ini kena tanya orang yang pengalaman luas. Kalau peramah, boleh bertanya tanya jiran sebelah.
5. Survey harga
Make sure survey harga tau. Tengok la dalam Mudah ke atau iproperty ke. Kalau malas sangat type je nama taman atau kondo tu, lepas itu google la sendiri. Kalau ada member agen boleh lah tanya-tanya mereka. Tapi bukan suma agen tau pun. Kadang-kadang mereka tak fokus kawasan tu. Tapi agen yang power biasanya ada data. Agensi mereka subscribe data penilaian dari JPPH agaknya. Paling koman anda google la brickz.
6. Dapatkan salinan Pengishtiharan Jualan atau Proclamation of Sale (POS)
Ini memang tricky sikit nak dapat. Ada banyak cara tapi kena taulah caranya. Ada cara dengan menghubungi agen yang tampal iklan lelong kat pokok-pokok. Cara yang ke 2 kalau ada iklan lelong dalam paper dia ada nyatakan nama Pelelong. Boleh call Pelelong dan minta dia e-mail atau fax POS. Biasanya Pelelong ni friendly. Tapi saya pun pernah dapat Pelelong yang ngelat. 4 kali call suh e mail dia kata ya,ya, tapi habuk sampai lepas waktu pejabat tak di hantar. Bank dah tutup. Lelong nya esok. Nasib baik ada member yang bagi tau bank mana yang melelong, kita pun gamble la beli bank draft atas nama bank berkenaan. Esok lepas lelong baru dia e mail POS. Itu pun muka depan saja. Biasalah tu ada member dia nak pergi bid kot. Saja tak bagi supaya tak ramai orang datang. Trick biasa tu.
Boleh juga minta dengan lawyer bank kalau ada maklumat lawyer tu. Kalau pembida tegar, mungkin dia membership tahap VIP dalam Lelongtips so bolehlah request e POS.
Kalau anda nak pergi bida pastikan anda baca POS tu dulu. Macam-macam syarat ada dalam tu. Macam syarat Perjanjian Jualbeli jugak.
Cukai-cukai tertunggak sapa yang kena bayar, maintenance tunggakan sapa bayar.Yang paling mustahak ialah berapa hari anda ada untuk bayar habis duit baki harga lelong tu.
Rumah lelong ni sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Sudah menjadi lumrah, bahawa tidak ada yang sempurna dalam dunia ni. Begitu juga untuk membeli rumah lelong ini. Jika ada rezeki dan bernasib baik kita boleh dapat sebuah rumah yang berkeadaan baik. Dan jika sebaliknya kita terbeli rumah yang sudah teruk keadaan di dalamnya. Oleh itu untuk membuat pilihan yang terbaik sebelum membeli, buatlah lawat periksa rumah yang dilelong.
Walaubagaimanapun, untuk yang masih baru dan sedang berjinak-jinak dengan rumah lelong ni disarankan agar dapatkanlah dulu nasihat daripada orang yang berpengalaman…bukan apa, kang daripada nak beli rumah lelong, tak pasal-pasal kita pula yang kena lelong!
Selamat menceburkan diri dalam lelongan harta tanah dan semoga berjaya.