“Kekurangan Bukanlah Satu Halangan..” Tetap Kental Bermain Walau Tiada Sebelah Kaki, Lelaki Ini Buat Ramai Sebak & Kagum


Ketidaksempurnaan anggota badan bukanlah menjadi penyebab seseorang itu putus asa untuk meneruskan kehidupan ini. Ada yang bangkit kembali setelah kehilangan salah satu anggota badan. Ada juga yang dari awalnya dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan tetap berusaha dalam kehidupannya.

Langsung tidak rebah lebih-lebih lagi apabila masyarakat setempat mula meluahkan kata-kata yang tidak enak untuk didengar. Namun hakikatnya, mereka yang istimewa ini jauh lebih kuat berbanding kita yang normal.

“Kekurangan Bukanlah Satu Halangan..” Tetap Kental Bermain Walau Tiada Sebelah Kaki, Lelaki Ini Buat Ramai Sebak & Kagum

Seperti mana sebuah video yang dikongsikan oleh pemilik aplikasi TikTok, Zyrik yang mana memaparkan seorang lelaki yang tiada sebelah kakinya kelihatan tetap kental bermain bola sepak walaupun dalam keadaan bertongkak.

Hanya menggunakan kudrat sebelah kaki, larian lelaki dalam video berkenaan tetap laju dan pantas. Walaupun dalam keadaan hujan, lelaki yang tidak dapat diketahui dengan jelas siapa dan apakah asbab tiada sebelah kakinya itu tetap gigih berlari mengejar bola sepak.

Di saat yang lain cukup anggota badannya namun lelaki berkenaan hanya menggunakan bantuan tongkat untuk menampung dirinya. Bahkan lariannya juga setanding dengan pemain normal yang lain.

kental bermain

Tidak menjadikan kehilangan sebelah kaki punca dia tidak boleh bermain dengan baik. Bahkan dia telah membuktikan kepada semua bahawa dia mampu bermain walaupun tanpa kedua-dua belah kaki.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok.

Bukan sahaja ramai yang berasa sebak dan kagum akan keadaan serta kegigihan lelaki ini namun ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, yang tidak sempurna pun masih lagi usaha apa lagi kita yang sempurna.

“Yang tak sempurna masih lagi usaha, apa lagi kita yang sempurna tapi putus asa”- Rusyaidi Nazmi

Manakala Iman Rashid turut menulis di ruangan komen, “dia boleh, tak kan aku tak boleh. MashaAllah..”.

 

Maka benarlah seperti mana yang dikatakan orang ramai, mereka yang kekurangan ini adalah lebih kuat berbanding mereka yang serba serbi cukup lengkap. Kita yang mempunyai kedua-dua belah kaki pun belum tentu gigih dan kental berlari seperti lelaki ini.

Walau siapa pun anda, semoga terus diberikan ketabahan untuk meneruskan kehidupan ini. Tabah dalam setiap rintangan dan cubaan yang dilalui. Jangan pernah putus semangat, jika jatuh, bangkit kembali. Jika jatuh lagi, bangkit lagi.

Bercakap soal semangat, putus asas, kuat, pastinya ia bukanlah semudah kata-kata yang keluar dari mulut. Namun ia soal hati dan minda yang saling bekerjasama untuk menjadi insan yang kuat.

Kredit: TikTok Zyrik

Baca juga: [VIDEO] Dakwa Pemandu Bas Memandu Dengan Laju & Bahaya, Sampai Lebih Awal Dari Jangkaan Buat Penumpang Ketakutan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat