Ekzema: Ketahui Faktor, Simptom & Cara Mengatasinya Dari Dihidapi Si Manja


Untuk pengetahuan anda, ekzema ini adalah sejenis penyakit yang dapat dikesan melalui perubahan pada kulit. Biasanya penyakit ini sering dialami oleh kanak-kanak yang berusia seawal sebulan hingga 6 tahun. Berdasarkan kajian statistik, terdapat lebih kurang 20% kanak-kanak cenderung untuk terkena penyakit ekzema. Penyakit ini akan membuatkan si manja meragam dan susah untuk tidur lena. Dan setakat ini masih tiada ubat untuk pulihkannya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Penyakit Kulit Ekzema

Faktor-Faktor Ekzema

Faktor sebenar ekzema masih belum dapat dikenalpasti. Boleh dikatakan, ekzema ini sebagai tindak balas sistem imunisasi yang terlalu aktif terhadap sesuatu bendasing. Kemudian, ia menjadi alahan kepada bayi atau kanak-kanak.

Namun ini antara beberapa sebab ekzema mungkin terjadi kepada si manja.

1. Ibu bapa ada sejarah menghidapi ekzema

Perlu berjaga-jaga, sekiranya anda sendiri pernah mempunyai sejarah penyakit ekzema, alahan teruk, asma atau resdung. Kerana ekzema ini kerap ditemui pada bayi yang ibu bapanya ada sejarah penyakit tersebut.

2. Tak tahan cuaca panas atau sejuk!

Kebanyakkan ibu bapa selalu tak perasan tentang hal ini. Sesetengah kulit bayi mudah sensitif, jadi merah dan gatal bila tersentuh permukaan kasar atau kesat. Ada juga kulit yang dinaiki ruam apabila terdedah pada keadaan panas atau sejuk.

Selain itu, bulu binatang (haiwan peliharaan), habuk dan debunga juga boleh menyebabkan kegatalan.

3. Alamak, tangan bayi terkena cincin ibu pula

Bayi juga mungkin terkena penyakit ekzema apabila bersentuhan dengan saki baki bahan kimia. Contohnya, bahan kimia yang terdapat dalam sabun badan, sabun basuh baju dan pelembut fabrik. Ada juga di kalangan bayi yang alah pada logam seperti emas atau perak. Jadi, nasihat untuk para ibu yang pakai cincin itu, hati-hati lah ya.

Hal ini demikian kerana, ramai di kalangan ibu bapa yang tak tahu tentang perkara ini.

Simptom-Simpton Ekzema

Salah satu ciri ekzema ialah ruam kulit yang sangat gatal. Terdapat ruam merah yang timbul pada kulit, terasa gatal, seperti gigitan nyamuk yang kelihatan lebam-lebam. Kulit menjadi kering, tebal dan kemerahan.

Selalunya ekzema pada kanak-kanak muncul di sekitar siku dan belakang lutut. Manakala ekzema pada orang dewasa pula biasanya paling teruk di bahagian tangan. Namun, ekzema juga boleh berlaku di bahagian badan yang lain seperti belakang badan, pelipat di lengan, pipi dan leher.

Simptom Penyakit Ekzema

Cara Atasinya Jika Anak Terkena Ekzema

Si manja yang sudah terdedah kepada ekzema mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu, anda boleh cuba amalkan beberapa cara penjagaan kulit yang disarankan di bawah ini.

1. Mandi jangan lebih dari sekali sehari dan tak lebih daripada 10 minit

Apabila anak dah terkena ekzema, terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka. Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam, ia akan membuatkan kulit kanak-kanak kering. Seterusnya kulit akan jadi gatal, pedih, kering lalu menggelupas.

Sebaiknya, hendaklah sapu losyen, krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit, melembap dan melegakan kegatalan.

2. Penting untuk menyapu losyen pelembap 2 hingga 3 kali sehari

Kanak-kanak yang terkena ekzema ini, kulitnya sangat sensitif. Justeru itu, kita perlu sentiasa sapukan losyen pelembap secara kerap, antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering.

Krim Kulit Ekzema

Lebih tebal losyen dan krim pelembap, ianya lebih baik bagi memperbaiki kesan gatal dan mengekalkan kelembapan dalam kulit!

3. Cuba untuk elak dari menggunakan sabun

Bila anak dah terkena ekzema, pemilihan sabun yang sesuai amat penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit. Pilihlah sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

4. Jauhkan haiwan peliharaan daripada anak anda buat sementara

Seperti mana semua orang tahu, haiwan peliharaan ini walau dijaga secara rapi sekalipun mereka tetap akan menghasilkan kuman dan bakteria akibat pergerakan mereka ke merata tempat. Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dari anak anda yang terkena ekzema buat sementara waktu bagi mengelakkan kuman dan bakteria dari haiwan itu terus merebak.

5. Pastikan kuku si manja sentiasa dipotong

Bila anak dah terkena ekzema ni, mesti mereka tergaru-garu kan? Jadi, sebab itu lah anda perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek bagi mengelakkan kegatalan terus merosakkan kulit mereka.

Untuk bayi pula, pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terkena ekzema. Jika tidak, ianya akan jadi lagi teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat