Permulaan Bagi Seseorang Yang Baru Ingin Memulakan Bisnes
Pada masa kini banyak anak muda yang ingin menceburi bidang bisnes dengan hasrat berjaya dalam bidang bisnes namun Permulaan Bagi Seorang Yang Baru Ingin Memulakan Bisnes bukanlah mudah untuk berjaya dengan sekelip mata tetapi memerlukan daya usaha dan ciri-ciri seperti berikut:
Antara ciri-ciri Permulaan Bagi Seorang Yang Baru Ingin Memulakan Bisnes ialah:
1. Bermula dengan mindset betul
Mindset mahu mengembangkan bisnes. Bukan sekadar mahu duit tepi dan ‘redhaaa’ dengan tahap itu bertahun-tahun.
2. Rancang untuk sentiasa tambah pelanggan baru
Pada masa yang sama, jaga pelanggan sedia ada. Tingkatkan jualan dengan cara meningkatkan nilai pembelian dan kekerapan pembelian di kalangan pelanggan sedia ada.
Kemudian, fahami pelanggan dengan lebih mendalam. Apa lagi ‘bantuan’ yang mereka perlukan yang kita boleh tawarkan.
3. Bermula tanpa premis atau pejabat memberikan banyak kelebihan
Banyak kos dapat jimat. Jangan buka pejabat sebab seronok nampak orang lain ada pejabat yang gah. Mahu merasa juga walaupun ia belum relevan dengan kemampuan bisnes kita sekarang.
4. Pemilik bisnes wajib ambil gaji
Tetapkan gaji, bisnes untung banyak mana pun, ambil gaji sahaja. Buat permulaan, ambil gaji minima sekadar untuk tampung keperluan hidup. Dengan cara ini, bisnes kita sentiasa ada bajet untuk pelaburan kepada ‘growth’ bisnes.
Pada masa yang sama, usahakan supaya syarikat mempunyai tabungan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan ke hadapan. Kita lebih tenang bekerja.
5. Rancang untuk ambil staf pertama
Staff ini tugasnya menaikkan jualan syarikat.Asingkan kerja-kerja pemasaran dan jualan.Apabila fokus pada kerja menjual semata-mata, kerja-kerja mengembangkan pasaran akan banyak tergendala.
6. Urus kewangan dengan betul
Jika belum mampu bayar akauntan, belajar asas pengurusan kewangan untuk bisnes kecil. Asasnya, harus ada disiplin merekod segala duit keluar dan duit masuk. Tahu dengan tepat kos terlibat dan pengiraan margin. Kita akan tahu untung bersih. Bukan main congak-congak dalam kepala.
Satu kelebihan apabila ada rakan kongsi yang arif bab pengurusan kewangan. Kita boleh fokus sepenuhnya pada kerja-kerja mengembangkan pasaran.
7. Bangunkan SOP supaya tugasan lebih mudah diautomasikan
Tanpa SOP, makin ramai staff, kita akan jadi makin sibuk. Semua tugasan memerlukan kehadiran dan penglibatan kita. Semua isu, staf akan tunggu respon kita dahulu.
Belajar menjalankan bisnes secara bersistem. Kemudian, perlu ada disiplin dan komitmen untuk ikut sistem tersebut.
8. Ketatkan SOP Kewangan
Perlu berdisiplin mematuhinya, terutamanya apabila mula berjinak-jinak dengan duit banyak.Keseronokan berduit banyak, mudah menjadikan kita orang lain. Ini saat paling ego untuk terima nasihat. Hati-hati pada fasa ini, ia boleh jadi titik kejatuhan kita.
Duit untuk pelaburan mengembangkan bisnes tiba-tiba bertukar menjadi pelaburan menaik taraf gaya hidup.Taraf hidup dinaik taraf ketika komponen bisnes masih lagi rapuh.
Pemasaran tak dioptimasikan sepenuhnya. Operasi masih haru biru. Kewangan tak urus dengan baik. Ambil pekerja tapi masih libatkan diri buat semua benda. Semua ini perlukan tenaga, wang ringgit dan masa untuk diperkemaskan. Labur duit bisnes untuk perkara ini dahulu.
9. Cari peluang berguru dengan senior-senior bisnes
Mereka orang lama, sudah tahu busuk dan hanyir industri.Kita akan dapat maklumat berguna untuk elak buat banyak silap.
Diharapkan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda yang baru ingin memulakan bisnes. Jika ingin tips copywriting yang mantop klik artikel 14 tip copywriting yang power.