“Body shaming” adalah jenayah


 

Body shaming

Body Shaming atau perbuatan mengejek fizikal seseorang. Jadi, elakkan diri anda dari melakukan jenayah buli seperti “Body Shaming”. Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan negatif kepada mangsa. Kesempurnaan fizikal tidak akan menjamin sebarang kejayaan seseorang. Jesteru itu, kita sebagai manusia yang tidak sempurna, siapalah kita untuk menghina ketidaksempurnaan individu lain. Jadi sentiasa peka  dengan sensitviti orang sekeliling.

Body shaming dikategorikan sebagai jenayah buli samada secara realiti atau di dalam alam siber dan orang yang melakukan jenayah ini juga diklasifikasikan juga sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

KESAN KEPADA MANGSA :
  • Stres dan gangguan emosi
  • Kehilangan keyakinan diri
  • Kecelaruan pemakanan
  • Kemurungan
  • Kejadian bunuh diri

Mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan. Kesalahan itu termaktub di bawah akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Mangsa boleh membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Akta berkenaan menjurus kepada kesalahan di media sosial, jika mereka yang melakukan kesalahan di luar media sosial, mangsa boleh mengambil tindakan mengikut akta berlainan.

Jadi sesiapa yang menganggap body shaming sebagai gurauan amatlah memalukan kerana perkara itu tidak lawak. Malah ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat Malaysia ini. Budaya body shamming ini tidak sepatutnya wujud dalam budaya kita. Sebelum mengeluarkan kata-kata atau menulis, fikirlah terlebih dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat