Ibu Tunggal Terokai Bisnes Aiskrim, Kuih Deram – Daily Rakyat

Ibu Tunggal Terokai Bisnes Aiskrim, Kuih Deram

Sumber Rujukan : Berita Harian 23 Feb 2017

Sesuatu kejayaan mestilah perlukan komitmen dan juga usaha seseorang dalam melakukan sesuatu. Bagi membantu ibu tunggaal serta belia di Felda Bukit Waha, satu kursus pembuatan aiskrim dan kuih tradisional menjadi salah satu pengisian utama program ‘Wellness Through Society’ yang di anjurkan selama 2 hari oleh Duta Jauhar 3.0 Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) Diploma Kejururawatan (DNUR) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Johor, baru baru ini.

Pengarah Duta Jauhar 3.0 INSTEDT DNUR, Khaerul Nizam Mohd Siraj, berkata peserta berpeluang mengikuti penerangan Pegawai Eksekutif Pentadbiran TEKUN Nasional Johor, Shazarina Hashim, Mengenai cara memulakan perniagaan, usaha komersial melalui laman sosial dan mendapatkan bantuan modal.

Selain itu, beliau berkata, mereka diberi pendedahan kaedah menghasilkan aiskrim dan kuih deram yang dapat merintis langkah menceburi dua bidang perniagaan berkenaan.

Terima Sumbangan

“Tunjuk ajar proses pembuatan aiskrim pula meliputi jenis Aiskrim Scoop, Aiskrim Malaysia dan Aiskrim Mesin,” katanya.

Pada hari terakhir program, Persatuan Ibu Tunggal Felda Bukit Waha menerima sumbangan masing-masing satu unit peti ais, gerai aiskrim, tong inkubasi, khemah dan barangan keperluan asas membuat aiskrim serta kuih deram.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Saifuddin Abdul Rahim yang mewakili Pengurus Besar yayasan berkenaan.

Sebarkan Artikel Ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat