12 Asas Moral Yang Wajib Anda Amalkan
ASAS MORAL YANG WAJIB ANDA AMALKAN
FAIL la weehh!!
1- Flush atau pump mangkuk tandas lepas kencing! mangkuk punya orang! masuk premier toilet yang kau bayor rm5 tu nak pulak kau flush..toilet stesen minyak yang free tu kau bior ja bau pesing kencing kau! hancing betullah kau ni!
2- Cakap terima kasih lepas pelayan kat kedai makan hantar makanan..makan pun order megi goreng..pastu teh o ais…makan kat warung nak layanan 5 star serupa hotel…puuuiiiihhh!
3- Cakap maaf bila terpijak lantai yang baru saja di mop oleh cleaner kat mana mana tempat macam shoping complex,tandas awam dan lain lain…kau ingat makcik cleaner tu maid kau?makcik cleaner tu ada ja depan mata kau tu..senyum pun tak…minta maaf pun tak…apa kena bayo ke kalau nak cakap sorry? buduh!
4- Plastik sampah buat selapis aja…dah tau sampah kau berair..pastu kau kedekut beli plastik sampah yg nipis tu..buat laaaa dua lapis plastik…bior tak mudah bocor dan air sampah kau tak menitis nitis….memang la tukang kutip sampah kerja dia kutip sampah..tapi dorang masih manusia!! mudahkan hidup orang lain…nescaya Tuhan pun akan permudahkan hidup kau!
5- Hembus asap rokok atau asap vape ke arah yang tak kena orang…ye…hak kau merokok…tapi hormat orang lain juga yang tak merokok…lu jaga ruang udara lu..gua jaga ruang udara gua…lu respect gua,gua respect lu…kita bukan zaman hidup dalam gua!
6- Bagi ruang dulu pada orang yang nak keluor dari lift! ni tak…pintu lift buka ja kau serbu masuk…orang nak keluor pun kau himpit…..kau cepat cepat ni nak pergi mana? dah terlambat masuk neraka ke? ha ha ha
7- Train ada tanda pink..maksudnya train untuk perempuan saja! koc pink diwujudkan bersebab! Lelaki yang ‘mencabul‘ koc pink ni telur kau mana seyh?? tertinggal masa beli tiket ke?
8- Lagi pasal train..seat yg ada gambo orang tua,ibu mengandung,orang kelainan upaya..kau jangan la kaco! walaupun x ada orang..biorkan aja! seat tu kau tak layak duduk!
9- Bila kau masuk mana mana pintu…contoh macam kat kedai mesra stesen minyak yg kau kena tolak pintu sendiri..kalau kat belakang kau ada orang…tahan lah pintu tu bagi orang belakang kau lalu skali..atau kalau kau nampak ada orang nak keluor..bagi dorang keluo dulu…gentleman atau sifat budiman bukan hanya utk seorang lelaki buat sesuatu yang baik bila nampak gadis cantik..tapi sifat budiman ialah apabila orang yang dalam kedudukan yang lebih baik membuat sesuatu yang menyenangkan kepada orang yang dalam keadaan kurang best….ok?
10- Bila ko gi makan kat kedai makan dgn girlfren ko, takyah la nak bergesel-gesel. Ko gesel pehal? Nak suruh climax kat kedai makan tu? Sape nak lap hidung pelanggan sebelah kalo tiba-tiba berdarah?
11- Bila ko jumpa mat bangla ke ape ke, at least respek la diorang. Senyum pun ok dah. Diorang lagi berani dari kau lah.Silap-silap niat doa mandi wajib diorang lagi hafal dari kau. Haa, ko berani gi Bangladesh pastu kerja car wash?
12- Last sekali. Masa makan kat kedai makan, katalah makanan yang ko order tu tak sedap. Jangan la cakap kat situ terus. Just diam. Jangan laa sampai jatuh air muka tuan kedai. Kalo bakal bapal mertua ko masak megi tak sedap. Berani nak cakap?
Tak mau SHARE post ni sbb kau rasa tak penting…ooooi..ni penting ni!
Sila SHARE supaya orang kita lebih faham asas moral….
Tak yah susah susah kau sembang pasal rasuah…1MDB…BERSATU ..Illuminati…segitiga bermuda…Zila Af... anti pokemon Go…tapi hal hal basic macam ni pun kau tak fahammm…hurmmmmm
Satu komen untuk “12 Asas Moral Yang Wajib Anda Amalkan”