Skim Penukaran Penghuni Sementara, ibarat pemilik membuka akaun khas TNB untuk penyewa
Apa? Tunggakan Bil TNB RM 787.95?
Memang pening kepala sebab penyewa lama tinggalkan rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ratus riban?
.
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utility. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utility dah tentu2 tuan rumah lah jadi mangsa.
.
Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.
.
Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilik membuka akaun khas untuk penyewa.
.
Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.
.
Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:
.
Prosesnya seperti berikut:
.
1. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.
Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.
.
2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
Keperluan:
▪️ Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula ?
▪️ Sesalinan MyKad Penyewa.
▪️ Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.
▪️ Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
▪️ Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.
.
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.
.
3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.
Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.
.
4. Penyewa berkenaan berpindah keluar.
▪️ Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.
.
Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri ?
.
Tn Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa.
.
Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tn Rumah. Kes yang kerap berlaku.
.
Melalui cara ini, no akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tn Rumah.
.
Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.
.
Untuk kemasukan penyewaan yang baru Tuan Rumah ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada Penyewa Baru.
.
Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh Penyewa Tidak Bertanggungjawab ?
.
Nota: Jika ada tunggakan, tuan rumah perlu jelaskan disebabkan bil terdahulu di atas nama pemilik. Dengan skim ini, tuan rumah tidak perlu mengambil deposit bill elektrik lagi dari penyewa baru.
.
Semoga bermanfaat