Makcik Amoi Sebelah Katil Nasihatkan Aku Agar Ambil Insuran Takaful Demi Masa Depan Keluarga


aku kat PPUM ni. tapi kali ni tak mo cite pasal Haifa. Haifa ok jer stabil tak ada pape, ni pun aku tengah tunggu nak keluar wad.

Aku nak cite pasal katil sebelah aku.

Umur 16 tahun. Perempuan. Bangsa Cina.
Budak ni ada ketumbuhan di Otak masa umur 7 tahun.

Sekarang ni kira2 dah 9 tahun mak dia jaga dengan penuh kesabaran. Sekarang ni pesakit telah dilabel sebagai OKU kerana tak mampu nak buat apa2, hanya baring je.

 

http://www.kakipelangi.com/wp-content/uploads/2015/05/sakit-kepala.jpg

Mak dia tabah je siap boleh gelak2 cite ngan aku. Tapi pas tengahari tadi, dia jumpa Dr untuk buat operation kali ke 3 buang ketumbuhan tu.

Dr kata tak mahu buat, sebab risiko tinggi. Senang cakap, buat operation boleh mati, tak buat operation pun tetap mati.

Mak dia cakap balik, sudah 9 tahun dia jaga anak dia, dia tak pernah putus harapan nak tengok anak dia boleh bangun jalan semula macam waktu anak dia kecik2. Menangis! Aku pun ikot nangis cry emoticon

Kalau betul mati itu takdir , sekurang-kurangnya jangan putus harapan untuk berubat.

perhhh….sedih weeehhh!! Seorang mak takkan putus harapan tengok anak dia sembuh semula. Tapi jangan la cabar kesabaran yang cuba dia pupuk bertahun- tahun selama ni.

 

medical

Lepas tu dia datang kat aku tanya anak aku pasal ape….dia cakap….u punya anak kecik lagi, u pergi la ambik itu insuran.

“sini hospital kerajaan memang free bagi itu tempat semua, tapi kalau ubat mahal, u kene bayar jugak..lagi tunggu sini lama doktor pun sudah give up sama saya punya anak.”

aku bagi dia can luah perasaann…

“saya ini anak kecik2 saya tak ada pikir mau ambik itu insuran, saya pun tak sangka itu ketumbuhan datang dia umur 7 tahun. bila anak sakit, saya sendiri susah..dia punya ubat manyak mahai…saya kena berenti kerja..”

“nasib baik dia (pesakit) punya adik saya sudah ambik. sekarang dia punya adik pun ada sakit.”

 

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Allahu…bertimpa- timpa masalah dia.
Aku ingat aku je ada masalah anak sakit, tapi ada orang lebih teruk frown emoticon
bertuahnya aku sebab anak-anak aku di uji sedikit sahaja. itu pun Allah beri nikmat kemampuan bayar takaful setiap bulan.Malam tadi sebenarnya Haifa sakit, aku rushing pergi Sunway Medical sebab dekat je ngan umah aku. Tapi kebetulan pakar dia cuti, jadi terpaksa cari hopsital lain yang ada pakar. So atas cadangan mak, aku sampai la kat PPUM ni walaupun takaful Haifa mmg cover hospital swasta.

melayu-no-insuran
Bila anak sakit…sebagai mak ayah, apa pun meraka sanggup buat.

kalau kita berkira tentang perubatan anak, kita kata tak mampu nak bayar takaful/insuran sewaktu mereka sihat, tapi bila sakit, kita akan lebih-lebih tak mampu cry emoticon

korang rasa aku ni layak tak jadi agen insuran? hahaha

haiyaaaaaa….mata masok habokkkkk…huhuhu..

Takaful-(Islamic-Insurans)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat