Pentingnya Hari Kemerdekaan Kepada Negara
Apakah itu hari kemerdekaan? Ia adalah hari yang disambut pada setiap 31 Ogos. Hari kemerdekaan ini merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat supaya semangat cinta akan negara itu akan terus kekal dihati kita. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk negara tercinta.
Semangat patriotik semakin hari kian luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini. Hal ini berlaku kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri sehingga membuatkan mereka tidak menghiraukan tentang perkara lain. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi.
Antara Kepentingan Hari Kemerdekaan:
1) Dapat Mengenang Jasa Tokoh Yang Telah Berkorban
Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi dan sebagainya. Mereka rela berjuang daripada mengabaikan tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing seperti British, Belanda dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.
2) Mengekalkan Perpaduan Antara Kaum
3) Imej Negara Akan Turut Meningkat
Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing akan berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita ini. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara yang semakin membimbangkan ini.
4) Memupuk Semangat Cinta Akan Negara