Beras Perang Baik Untuk Kesihatan


Beras perang mampu memberikan anda tenaga yang berganda sekaligus dapat membuatkan anda lebih cepat kenyang. Anda juga akan berasa kenyang lebih lama berbanding makan beras putih. Ia juga adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar. Beras perang juga menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

Khasiat Beras Perang

1) Mencegah Sakit Jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang boleh meningkatkan tekanan darah.

2) Mengurangkan Kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

3) Mengekalkan Berat Badan Seimbang

Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis.

4) Membantu Penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

5) Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

6) Tulang Yang Sihat

Beras ini menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat