Ketahui 5 Tanda Anda Mempunyai Toksin yang Berlebihan di dalam Badan – Daily Rakyat

Ketahui 5 Tanda Anda Mempunyai Toksin yang Berlebihan di dalam Badan


Toksin merupakan sejenis bahan beracun yang terkandung di dalam badan yang berpunca daripada pemakanan anda. Jika toksin yang terkumpul kekal terlalu lama di dalam badan anda, ia akan memudaratkan kesihatan anda dan menjuruskan kepada penyakit penyakit berbahaya.

Toksin boleh  menghalang penyerapan nutrien dan vitamin ke dalam sistem badan, membunuh bakteria baik dalam badan serta menghalang proses hemoglobin berlaku dan seterusnya menyebabkan ketidakfungsian organ yang boleh meragut nyawa.

Kebanyakan daripada anda memandang remeh tentang perkara ini, namun kesan daripada terkumpulnya toksin ini amatlah bahaya jika dibiarkan.

Tanda-tanda toksin terkumpul di dalam badan:
toksin

1.Sentiasa kelihatan letih

Walaupun anda telah mendapatkan tidur yang secukupnya, namun badan anda masih terasa letih dan tidak bertenaga. Ini adalah salah satu tanda tubuh anda mungkin bekerja keras untuk membebaskan toksin yang ada di dalam badan anda. Rutin harian anda yang tidak menyihatkan membantu mengumpul toksin dengan lebih banyak di dalam badan anda. Pengambilan makanan manis dan berkafein juga menjadi salah satu tanda mengapa badan anda sentiasa keletihan.

2. Nafas berbau

nafas berbau

Walaupun anda telah memberus gigi seberapa banyaknya nafas yang berbau itu masih tidak dapat dihilangkan. Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah sistem pencernaan, namun ia juga boleh dikaitkan dengan hati yang sedang memproses toksin keluar daripada badan anda. Selagi anda tidak melakukan cara yang betul dalam membuang toksin di dalam badan anda, selagi itu maslah yang timbul atas dasar pembuangan toksin secara semulajadi tidak dapat dihilangkan.

3. Sembelit

sembelit

Setiap hari usus memproses pembuangan toksin di dalam badan anda. Apabila anda sembelit, anda menyimpan dua kali ganda toksin yang dimiliki oleh badan anda yang membenarkan ia memberi kesan negatif kepada badan. Tambahan pula, sembelit boleh mengakibatkan anda sakit kepala, lenguh dan kepenatan. Ia juga boleh diakibatkan oleh toksin di dalam badan anda jika anda mengambil makanan yang mempunyai bahan kimia yang tinggi dan bahan yang tidak diproses terlebih dahulu.

4. Masalah kulit

Anda juga mungkin mengalami masalah kulit seperti jerawat dan ruam. Masalah ini juga sering dikaitkan dengan kehadiran toksin di dalam badan. Jerawat kebiasaannya tumbuh disebabkan toksin yang ada di dalam produk penjagaan kulit atau diet harian.

5. Sering berasa panas

Bagi seseorang mempunyai kandungan toksin yang tinggi di dalam badan, mereka akan sentiasa berasa panas. Cara yang terbaik bagi menghadapi masalah ini adalah dengan berpuasa.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat