Pernikahan adalah saat-saat yang ditunggu oleh semua apabila hubungan cinta akhirnya dapat bersatu secara sah di sisi undang-undang dan agama.
Al-Qur’an juga menyatakan bahwa Allah menciptakan makhluk berpasang-pasangan, tak terkecuali manusia sebagai makhluk termulia ciptaan Allah. Dengan kata lain, berpasangan merupakan fitrah seluruh makhluk di muka bumi. Kerana itu, agama mensyariatkan dijalinnya pertemuan antara pria dan wanita dalam ikatan suci yang dinamakan pernikahan.
Tapi bukan kepada pasangan ini. Perkahwinan yang berlangsung di Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia ini telah mengejutkan semua orang apabila rupa-rupanya kedua-dua mempelai ini adalah wanita! Alamak…
Syarifa Nurul Husna, yang melangsungkan perkahwinan pada 27 September 2017 bersama ‘pasangan’ Rahmat Yani, 28 telah terbongkar dan menjadi viral setelah gambar mereka tersebar di sosial media. Bagaimana benda seperti ini boleh berlaku?
Mengikut info yang disiasat oleh suaralidik.com, Rahmat Yani yang berasal dari Desa Pataro, Bulukumba ini telah membuat kad pengenalan palsu yang sama seperti yang asli!
Kad pengenalan milik Rahmat Yani @ Ramhayani
Terbongkarnya hubungan terlarang tersebut apabila ketua kampung Erelebu cuba mendapatkan informasi dan mengesahkan bahawa kedua pasangan adalah dari jantina yang sama. Daripada maklumat itu, Rahmat Yani telah dibawa ke balai polis untuk disahkan identitinya. Dari situ diketahui bahawa nama sebenarnya adalah Rahmayani binti Ramlan.
Sekarang Syarifa dikhabarkan sedang dalam proses pemulihan di Lajju Sija kerana mengalami gangguan jiwa.
Kepada pembaca yang ingin berkahwin, sahkan identiti pasangan anda dahulu supaya tidak menyesal nanti.