Ketahui Punca Tersedu


Sedu adalah keadaan yang dialami oleh semua orang sama ada bayi, kanan-kanak dan orang dewasa. Punca tersedu akan menyebabkan individu merasa tidak selesa dan rimas. Ada sesetengah masyarakat berpendapat, sedu disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, sedu adalah pengecutan otot diafragma yang mungkin berulang beberapa kali dalam seminit.

Ketika anda menarik nafas, diafragma akan tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Semasa anda membuat pergerakan menarik ke bawah, ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu dan tersentap.

Menyebabkan anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan keadaan di mana udara berebut-rebut masuk melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.

Adakah Sedu Ini Merbahaya?

Secara dasarnya, sedu ini pulih dengan sendiri tanpa sebarang rawatan dan tempohnya antara cepat atau lambat sahaja. Banyak petua-petua orang kita yang sering digunakan untuk menghilangkan sedu ini. Sedu ini tidak memerlukan rawatan perubatan kecuali bagi kes-kes sedu kronik.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, doktor di Jabatan Kardiothorasik (Pembedahan dan Paru-Paru):

“Sedu bahaya untuk kesihatan diri sekiranya melebihi 48 jam dan memerlukan rawatan secara langsung di mana berkemungkinan berlaku radang (irritation) pada saraf vagus atau phrenic yang mengawal pergerakan diafragma”

Punca Sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara.
  • Makan terlalu gelojoh/cepat.
  • Perasaan bimbang atau teruja.
  • Merokok.
  • Tahap gula yang tinggi dalam badan.
  • Perubahan suhu secara mendadak.
  • Mengambil alkohol berlebihan.
  • Gelak yang berterusan.

Tips Menghilangkan Sedu

1. Minum segelas air

Minum air menggunakan straw dan berkumur dapat melegakan saraf yang tegang. Kaedah ini membantu untuk menghentikan cegukan. Menggunakan kaedah ini memerlukan percubaan lebih dari sekali bagi menghilangkan sedu.


Sumber : Bukanaku

2. Bernafas dalam plastik udara/beg kertas

Kaedah ini dapat meningkatkan tekanan separa karbon dioksida dalam darah serta membuatkan diafragma mencapai lebih dalam untuk membawa lebih banyak oksigen. *Hentikan jika anda berasa pening dan ringan kepala.

bernafas dalam beg udara


Sumber : Bukanaku

3. Sumbatkan telinga

Tekan dan masukkan jari di telinga selama 20-30 saat atau tekan bahagian lembut di belakang telinga di bawah pangkal tengkorak. Sebagai isyarat yang dihantar melalui saraf vagus, yang menghubungkan ke diafragma.

Sumber : Bukanaku

4. Madu dan limau

Mengunyah lemon/ makan madu dengan air suam  secara tidak langsung dapat merangsang saraf vagus dan memberikannya waktu rehat dari terus bersedu. Anda boleh mencubanya untuk “menetapkan semula” saraf supaya seduan hilang kerana penyelidik percaya bahawa kerangsangan pada saraf ini boleh menyebabkan seduan.

Madu dan limau

Sumber : Bukanaku

5. Menghirup udara dengan cepat dan menghembus nafas dengan perlahan

Jika anda ingin menggunakan teknik ini, anada perlu menghirup udara seberapa banyak yang boleh dengan secepat mungkin. Seterusnya, hembuskan nafas dengan perlahan selama 30 saat. Ulanginya sehingga sendu anda berhenti.

Hirup udara

Sumber : Bukanaku

Sedu ataupun hiccups adalah keadaan misteri. Boleh dikatakan yang kita semua pernah mengalaminya berkali-kali. Cara di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghilangkan sedu. Tetapi jika seduan berpanjangan boleh disebabkan oleh faktor kesihatan dan memerlukan bantuan doktor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat