Bapa Rakam Anak Mandi
Tiada perkataan yang lebih hina dan keji untuk mengambarkan tentang perbuatan seorang ayah terhadap anak perempuannya itu. Seorang ayah yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga maruah keluarganya sanggup berbuat demikian terhadap anak kandungnya itu.
Warganegara Malaysia yang berusia 48 tahun itu telah dipenjara kerana merakam anak perempuanya itu mandi. Kejadian ini berlaku pada bulan Julai 2016 di Toh Yi Drive flat di Singapura.
Menurut Straits Time, ayah dan anaknya yang berumur 21 tahun itu duduk bersama di flat itu. Pada hari kejadian, anaknya yang tengah mandi di dalam bilik air terkejut kerana menjumpai sebuah telefon bimbit yang ditampal menggunakan pelekat di bawah baldi air.
Mangsa yang terkejut itu mengambil telefon bimbit itu untuk diperiksa. Menyedari yang telefon tersebut dalam keadaan merakam, mangsa menghentikan rakaman itu. Mangsa juga memeriksa galeri telefon tersebut untuk melihat rakaman sebelum ini.
Di situlah mangsa menjumpai beberapa lagi video lain yang merakamnya tanpa seurat benang yang sedang mandi. Di dalam video itu juga terlihat muka ayahnya yang sedang meletakkan telefon itu.
Selepas memadam kesemua video di dalam telefon itu, mangsa terus mencari ayahnya untuk meminta penjelasan. Ayahnya yang mengaku bersalah juga memberitahu yang perbuatan keji-nya itu telah berlaku sepanjang 2 minggu yang lalu.
Dia juga mengaku menyimpan lagi 20 video yang merakam anaknya itu di dalam alat elektronik yang lain. Ayahnya itu juga mengaku yang video-video yang dirakam hanya untuk kegunaannya sendiri sahaja.
Mangsa yang marah dan terasa hina dengan perbuatan ayahnya itu telah meninggalkan rumah flat itu untuk duduk dengan rakannya. Menyangka mimpi ngerinya telah berlalu, ayahnya tanpa segan-silu pergi mencarinya pada waktu 3.10 padgi 5 April. Kejadian itu telah mencetuskan ketegangan yang juga melibatkan pihak polis. Ayahnya di tahan pada hari yang sama.
Setelah di hadapkan di makamah, tertuduh di jatuhkan hukuman penjara selama empat bulan.
Tragedi yang berlaku ini semestinya sukar diterima oleh mangsa dan membuatkan trauma yang mendalam dalam hidupnya. Di harapkan mangsa dapat pulih dan meneruskan hidupnya seperti biasa.