Jana Pendapatan Pasif Dengan Simpanan Tabung Haji


Terdapat banyak kaedah dan cara bagaimana ianya boleh dicapai, antaranya adalah dengan mempunyai perniagaan yang diuruskan oleh kumpulan pekerja yang terlatih.

Selain itu, kita juga boleh membuat simpanan ke institusi seperti Tabung Haji dan seumpamanya. Ini adalah perkara yang seringkali disalah pandang oleh sesetengah pihak.

Individu yang mula-mula memberi nasihat ini adalah pakcik aku, beliau bermula dengan pekerjaan seorang pemandu, kemudian berjimat cermat serta membuat perniagaan sehingga beliau berjaya mengumpulkan simpanan yang banyak.

tabung-haji-bonus-1024x352

Simpanan sekarang untuk kesenangan akan datang

Beliau menasihati aku untuk mengelakkan aktiviti yang mengeluarkan duit, tetapi tidak mendatangkan apa-apa faedah. Contoh yang beliau berikan adalah seperti melepak di kedai kopi berjam-jam, hanya untuk bermain dam haji. Ini sekadar contoh yang beliau berikan, kerana masa terbuang tanpa aktiviti berfaedah.

 Bulan berganti bulan, akhirnya beberapa lagi individu memberi nasihat yang hampir sama. Salah seorang daripada individu tersebut merupakan mentor yang telah memberikan inspirasi serta semangat untuk berjaya juga seperti beliau.

Berapa banyak simpanan untuk pendapatan pasif yang selesa?

Perkongsian daripada pakcik aku, beliau menyatakan, kita buat simpanan RM2,000,000 (RM2juta) dalam akaun kita, setiap tahun kita akan dapat menikmati dividen yang boleh digunakan untuk perbelanjaan bulanan.

Pada ketika itu, aku hanya mendengar dengan tekun, tanpa memikirkan lebih lanjut. Kemudian seorang lagi mentor menunjukkan kira-kira yang membuatkan aku tersedar dari lamunan.

L Tabung Haji HERO

Sekiranya kita membuat simpanan RM2,000,000 dalam akaun kita, dengan kadar purata dividen 6%, kita akan memperolehi RM120,000 setahun.

RM120,000 setahun ini, sekiranya kita membahagikan kepada 12 bulan, bermakna, kita akan memperolehi “gaji” RM10,000 setiap bulan. Ini merupakan jumlah yang sangat besar terutama apabila kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan pendapatan tersebut.

Bagaimana untuk mengumpulkan RM2,000,000 tersebut?

Soalan seterusnya adalah, bagaimana kita boleh mendapatkan RM2,000,000 tersebut?

Aku telah menemui gerak kerja bagaimana dalam tempoh 25 bulan, kita akan dapat menikmati pendapatan pasif seperti yang aku nyatakan di atas.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Dalam tempoh 25 bulan ini, kita perlu bekerja keras untuk mengumpulkan RM2,000,000 tersebut, dan insyaALLAH pada tahun ketiga, kita akan dapat menikmati pendapatan pasif seperti kiraan di atas.

bagaimana? best ke best?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat