Bahaya!!! Obor-Obor Beracun Terdampar Di Perairan Malaysia
Pada pertengahan Februari lalu, Malaysia telah digemparkan dengan satu penemuan hidupan laut yang sangat berbahaya terdampar di Pantai Pualau Kekabu, Marang, Terengganu. Obor-obor beracun yang dikenali sbagai “Portugese Man O’ War” ditemui terdampar di pantai oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marang ketika mereka menjalani latihan.
Dipanggil Portugese Man O’ War kerana sifat tubuh badannya seakan kapal perang yang sedang berlayar di lautan, Spesies ini sentiasa disalah tafsirkan sebagai jellyfish walhal ia sebnarnya siphonophore, haiwan yang terdiri daripada koloni organisma yang bekerjasama. Ia juga dikenali dengan nama bluebottles kerana warna mereka yang bewarna ungu-biru.
Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat dan panjang tentekelnya mampu mencapai seperti manusia dewasa dan sengatannya mampu menyebabkan badan anda mengeluarkan bitnik-bintik merah, lumpuh dan akhir sekali boleh membawa kepada maut. Sekiranya anda disengat, anda dinasihatkan bergegas untuk mendapatkan rawatan kerana sintom sengatan oleh haiwan ini dapat dilihat seawal 3 minit. Sehingga kini, masih tiada lagi penawar untuk racun ini dan pakar hanya mampu menyediakan painkiller sahaja kepada pesakit untuk melegakan kesakitan.
Kebiasaannya obor-obor ini ditemui di Lautan Pasifik namun sejak kebelakangan ini ia sering dijumpai di perairan Thailand, Kuantan dan Sabah. Menurut Jabatan Perikanan, fenomena ini berlaku berpunca oleh arus deras musim tengkujuh di pantai timur.
Jadi sekiranya anda menjumpai obor-obor ini, jangan sesekali menyentuhnya kerana tantekelnya yang berbisa itu mampu memberi kesakitan yang teramat kepada anda.