Ketahui 5 cara terbaik untuk bertenang ketika menghadapi saat-saat stress dalam jiwa


Ketenangan diri sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku, tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang. Bahkan ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya. Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan diri, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting dalam hidup setiap insan di dunia ini.

5 Cara Mendapatkan Ketenangan Diri Yang Boleh Anda Praktik

1. Sentiasa berfikiran positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Sedangkan kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

2. Menjauhi segala hutang 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:

“Janganlah engkau jadikan diri mu ketakutan setelah merasai ketenangan!”

Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”

Sabdanya: “Kerana hutang”

Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan sentiasa dihantui ketakutan kerana dia di kejar-kejar untuk segera membayarnya.

3. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat diri seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya. Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim dengan masyarakat dan orang sekeliling

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk dan iri hati.

5. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu itu boleh mendatangkan ketenangan diri. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat sentiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Apabila kita bersedekah kita dapat mengerti kesusahan menjadi sebagai orang miskin. Dengan cara ini Allah pasti memberi kita keberkatan dan ketenangan dalam hidup apabila kita bersedekah.

KESIMPULAN

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan diri, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.Semoga diri kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat