Penyerahan Nota Serah Tugas kepada Ketua Setiausaha Negara yang Baru

Sumber Rujukan : Twitter/DrAliHamsa

Nota serah tugas telah diserahkan oleh Ybhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa kepada Ybhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar yang akan menggantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara yang ke-14 pada esoknya.

Penyerahan tugas ini disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kontrak perkhidmatan Ybhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa berakhir pada hari ini – 28 Ogos 2018 Selasa. Beliau telahpun berkhidmat lebih daripada 6 tahun.

“Saya menyerahkan Nota Serah Tugas kepada @IsmailBakar60 yang bakal menggantikan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14. Tahniah dan selamat maju jaya DS!,” Tulisnya.

Disertakan infografik Datuk Seri Dr Ismail Bakar untuk rujukan umum:

Tonton video dibawah untuk menyaksikan penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Nota Serah Tugas:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat