23 Motors Sdn. Bhd. Peneraju Jualan Muscle Car Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Sumber Rujukan : Mohd Khairul Mohd Ali

Muscle car bukan perkara baharu dalam dunia permotoran antarabangsa  namun kereta buatan Amerika Syarikat itu kurang mendapat sambutan dalam penggemar kenderaan tempatan.

Jika ditanya, antara sebab utama situasi sedemikian pastinya berkaitan soal kewangan kerana harganya yang mahal serta kos penyelenggaran tinggi, selain merupakan kereta pemanduan sebelah kiri.

Namun, seorang anak muda kelahiran bandar raya Johor Bahru berhasrat mengunakan keadaan itu dengan menceburkan diri secara serius dalam bidang penjualan muscle car terpakai sejak Januari  2016.

Kaathir Mustaffa, 31, atau lebih mesra dengan panggilan Farouk meberitahu bahawa idea untuk membawa masuk berkenaan bemula daripada minatnya yang dalam terhadap bidang industri automotif.

Katanya muscle car mempunyai peminat tersendiri namun atas beberapa faktor, mereka tidak dapat merealisasikan impian memandu kereta tersebut di jalan raya di negeri ini.

“Tetapi kini, mereka berpeluang untuk membuat demikian  kerana kos untuk memiliki dan menjaga muscle car sebenarnya tidak terlalu tinggi seperti yang disangkakan.

Sekiranya mereka mampu memakai kerete seperti Vellfire, Estima, Mercedes-Benz dan BMW, mereka juga mampu memakai muscle car.

Pemanduan sebelah kiri juga tidak menjadi sebarang masalah kerana syarikat kami menjual muscle car dengan pemanduan sebelah kanan, sesuai dengan gaya pemanduan di negara ini,” katanya di pejabat syarikatnya 23 Motors Sdn. Bhd., di No. 13A, Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Johor Bahru, baru-baru ini.    Bermula Jun tahun ini, setiap muscle car yang dijual oleh 23 Motors Sdn. Bhd., merupakan kereta sebelah kanan, namun bagi mereka yang mahu mengekalkan ciri pemanduan sebelah kiri juga masih berbuat demikian.

Farouk yang merupakan Pengarah Eksekutif syarikat 23 Motors Sdn. Bhd. berkata, muscle car dijual antara RM160,000 hingga RM600,000 sebuah dengan anggaran kos dibawah RM500 setiap kali servis dilakukan.

Selain menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, syarikatnya turut menawarkan perkhidmatan menunda kereta sekiranya berlaku kerosakan.

“Setakat ini lebih 30 muscle car telah dijual dan saya yakin jualan akan terus meningkat apatah lagi dengan pengenalan muscle car pemanduan sebelah kanan.

Bagi memudahkan akses pembelian muscle car kepada penggemar diseluruh negara, kami bakal membuka cawangan baharu di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur pada Jun ini.

Cawangan baharu itu merupakan cawangan kelima 23 Motors Sdn. Bhd., selepas empat cawangan terdahulu di negeri ini iaitu di jalan Dato’ Abdullah Tahir, Jalan Tampoi dan Taman Suria, Johor Bahru serta Jalan Keluang, Batu Pahat,” katanya.

Menurut Farouk, berbanding super car seperti Ferrari dan Lamborghini, muscle car merupakan kereta lasak yang sesuai digunakan setiap hari.

Katanya, muscle car juga mempunyai nilai yang tinggi apabila dijual semula. Antara muscle car yang ditawarkan di 23 Motors Sdn. Bhd. adal Dodge Challenger, Dodge Charger, Dodge Magnum, Dodge Viper, Chevrolet Camaro, Ford Mustang, GMC, Hummer dan Cadillac.

Antara kereta muscle car yang dijual di 23 Motors Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat