Bagaimana Menguruskan Syarikat Dengan Betul – Hafiz Wasa


Saya Hafiz Wasa selaku CEO Mesotropin Sdn Bhd dan Managing Director Estetika Medispa Sdn Bhd.

Ramai yang bertanya macam mana menguruskan syarikat dengan betul. Sebenarnya ia tertakluk bagaimana anda menguruskan syarikat itu.

Bagaimana gaya anda menguruskan syarikat?

Corak pentadbiran anda dalam sesebuah syarikat akan penentukan sejauh mana syarikat anda boleh mengembang.

Puan Ainon daripada ABS sering kali menekankan pengurusan syarikat gaya ‘tawkey‘ boleh membantutkan perkembangan syarikat.

Sebenarnya ada lebih teruk lagi gaya pengurusan syarikat yang menyebabkan syarikat tersebut akan tumbang as soon as possible. Iaitu gaya pengurusan KUKU BESI atau Diktator.

ha3

Gaya pengurusan syarikat secara kuku besi ini pelik sikit perangainya.

Antara ciri-ciri pengurusan gaya kuku besi adalah seperti:

– Dialah bos dan dialah segalanya dalam syarikat.
– Duit syarikat masuk poket peribadi.
– Sedaya upaya melarikan diri dan syarikat daripada membayar cukai.
– Pendapat dia sahaja betul. Pendapat orang lain umpama sampah.
– Tidak mengamalkan Good Company Practice (GCP). Staff tiada slip gaji, tiada socso, kwsp dan tiada potongan cukai berjadual.
– Tiada SOP. Buat sesuatu perkara ikut kepala otak dia sahaja.
– Tiada pendirian yang tetap. Sekali kata A sekali kata B. Sebab apa jdi macam tu? Sebab keputusan tidak dibuat menerusi perbincangan.
– Suka mengambil kesempatan keatas rakan kongsi. Menganaiya rakan kongsi. Dan paling teruk memburukan rakan kongsi.
– Sangat menyanyangi kaki bodek atau kaki ampu.
– Staff yang menegur cadangannya, terus di maki dan di ‘kick‘ dari group whatapps. Dan mungkin dipecat.
– Staff keluar masuk. Dia sibuk cari staff dan pecat staff.
– Staff TIDAK boleh memberi apa-apa cadangan demi kebaikan syarikat.
– Jika staff memberi cadangan, staff akan dimaki dan paling teruk bos kuku besi ini akan memburukan staff yg memberi cadangan tersebut dihadapan staff yang lain.

Bos yang mengamalkan gaya pengurusan kuku besi juga tidak suka kepada persaingan. Akan memburukkan pesaing dan sanggup buat apa sahaja demi memastikan pesaing akan jatuh.

Oleh itu, jika anda mahukan syarikat anda berkembang lebih baik JANGAN amalkan ciri-ciri pengurusan kuku besi.

Anda pernah dengar cerita pemerintahan kuku besi bukan? Dalam sekelip mata sahaja negara tumbang sebab pemerintahan secara kuku besi. So ia sama juga dengan pengurusan syarikat.
JANGAN jadi BOS KUKU BESI.

Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat, saya gembira jika anda share. Tak lupa juga, tag partner anda jika ada ciri-ciri kuku besi ini.

Terima kasih kerana baca penulisan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat