Kisah Lelaki Ghana Al-Hassan Abdullah Yang Dapat Pergi Ke Mekkah


Kisah lelaki Ghana yang menjadi viral di Turki iaitu Al-Hassan Abdullah. Dia terkejut apabila ternampak Drone buat pertama kali dan bertanya kepada krew Tv Turki jika ada drone yang lebih besar yang boleh membawanya ke Mekkah untuk menunaikan Haji.

Kisahnya mula menjadi viral di Turki dan kisah ini juga mendapat perhatian Menteri Luar Negeri Mevlüt Çavuşoğlu yang mengarahkan menjemput Abdullah ke Tukri kemudian menghantar beliau ke Mekkah untuk menunaikan Haji.

Dalam temu bual Abdullah memberitahu Agensi Anadolu (AA) dia gembira berada di Istanbul dan ini adalah rezeki Tuhan dengan bantuaan Kerajaan Turki.

“Saya bersyukur kepada Tuhan dan saya berdoa kepada semua yang membantu mimpi ini menjadi kenyataan. Bantuan negara Turki sangat berharga bagi saya dan saya percaya ini akan membantu meningkatkan persahabatan, persaudaraan antara umat Islam, “katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat