Antara Lokasi Treking Dan Hiking Terbaik Dalam Malaysia!
Hiking atau jalan kaki adalah suatu bentuk latihan dan rekreasi yang menyihatkan tubuh badan kita. Hiking boleh juga seperti berjalan beberapa jam atau bahkan beberapa minggu. Beberapa hiker yang sudah berpengalaman, memperoleh kepuasan dengan berjalan menjelajahi alam yang masih liar di dalam Taman Nasional, hutan, dan tempat-tempat yang mencabar.
Artikel ini diwujudkan untuk menggalakan gaya hidup sihat melalui aktiviti treking dan hiking. Dah lah ekonomi kita sedang merosot, apa kata kita explore dulu keindahan alam sekitar yang ada di Malaysia. Kesemua adventure destination dalam ini sesuai untuk dijadikan aktiviti daypack di hujung minggu.
1. Bukit Tabur
Bukit Tabur juga terkenal di kalangan pendaki-pendaki baru. Siapa yang keberatan nak memandu jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya.
Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, anda juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak. Mencabar dan menarik pada masa yang sama. Panjat punya panjat, kalau tertengok bawah kecut jugak bro!
Ada 2 trail untuk bukit ini; Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek nya yang lebih user-friendly.
Walaupun user-friendly, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.
Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.
2. Bukit Broga
Kalau sebut je pasal nak start hiking, mesti ramai orang akan recommend Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking. Tak terlampau susah, tak terlampau senang. View kat puncak pun memang terbaik. Scene org photoshoot gambar kahwin memang normal lah kat sini.
Tapi satu je, sebab dia famous sangat and easily accessible, silap haribulan kena redah “traffic jam” nak naik ke puncak. Jumpa lagi ngan puak-puak yg tak reti nak kasi can kat org lain nak bergambar, memang menyirap beb. Hahaha
Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 1 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
3. Sungai Pisang
Susah nak ‘Pishang’ di Sungai Pisang. Ada air terjun dan sungai yang jernih memang amat menyegarkan. Pokok-pokok pun banyak nak buat hammock party. Hammock party je tau, parti-parti lain yang tak senonoh tidak dibenarkan.
Air terjun di sini amat terkenal dengan aktiviti waterfall abseiling dan zipline. Tak berminat main tinggi-tinggi? Gayat? Mandi manda di air sungai, layan massage di air terjun pun cukup feeling dah. Sungai Pisang ni amat dekat dengan pusat bandar, terletak di tepi Highway Karak. Tidak digalakkan untuk parking di tepi jalan kerana banyak kes pecah kereta. Jalan alternatif yang lebih baik adalah melalui Jalan Gombak Lama. Pastikan anda buat study dulu sebelum mula hiking.
Kesimpulan
Lokasi: Gombak, Selangor. 40 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 – 40 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
4. Sungai Chiling
Air terjun yang terdapat di Sungai Chiling boleh dikatakan yang terbaik yang ada di Selangor. Sungai yang jernih ditambah dengan anak-anak ikan yang berenang keriangan pasti akan membuat anda bahagia. Terdapat yuran yang amat minima dikenakan sebelum mula trekking ke air terjun. Bilangan bag plastik dan bekas makan juga akan dikira sebelum masuk dan deposit akan dikenakan.
Deposit akan dikembalikan apabila jumpa plastik/bekas yang dibawa masuk sama dengan yang dibawa keluar. So pendek cerita, memang bersih la Sungai Chiling ni. For sure boleh ‘Chilling’ di Chiling.
Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor. 1 jam 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
5. Mossy Forest
“I think I’m quite ready for another adventure” ujar Bilbo Baggins. Tak kenal Bilbo Baggins? Hmm.
Bila anda trekking di Mossy Forest, anda akan rasa seolah-olah di dalam filem ‘Lord of the Rings’. Pokok berlumut, kabus, sejuk, nafas berkabus semua ada di Mossy Forest. Nasib baik Nazgul takde (LOTR fans will know)
Disebabkan iklim yang sejuk dan lembap, keadaan trek agak berlumpur. Kasut yang boleh diikat kemas amat digalakkan. Kalau tak amat tinggi kebarangkalian kasut tertinggal dalam lumpur.
Kesimpulan
Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highlands. 3 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 -4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
6. Lata Medang
Adakah anda peminat Air Terjun? Kalau ya, Lata Medang ada tempat hiking yang terbaik untuk anda!
Trek Lata Medang agak licin (kena redah sungai) dan kasut yang sesuai amat diperlukan. Tak perlu nak hiking shoe bagai, kasut getah RM5 pun okay (tak ada alasan). Amat digalakkan untuk membuat sedikit study sebelum memulakan trip hiking ke Lata Medang.
Tiada papan tanda sepanjang perjalanan dan terdapat banyak simpang-simpang yang menyesatkan. Ada kemungkinan hiking punya hiking, tiba-tiba sampai kat Bukit Kutu. Masakkk.
Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bahru, Selangor. 1 jam 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Perlu pergi bersama orang yang pernah sampai ke Lata Medang untuk first timer.
7. Lata Jerangkang
Anda ada 4×4 (powil) tapi tak pernah guna gear 4×4 tersebut? Apa kata test kebolehan 4×4 tersebut untuk sampai ke Lata Jerangkang. Jalan offroad yang agak jauh dan mencabar pasti akan memberikan anda adrenaline rush!
Tapi kalau tak ada powil pun usah risau. Terdapat servis powil yang akan menghantar anda ke hiking point. Perjalanan offroad 40 minit pasti akan membuat buntut anda berasa kebas-kebas semut.
Kalau nak guna kereta sendiri pun boleh. Boleh tanggung sendiri akibatnya. Kerana lokasi Lata Jerangkang yang agak dalam dan jauh daripada pencemaran, air terjun dan sungai di sini amat jernih. Kalau bernasib baik, boleh melihat burung hornbill terbang keriangan. Terdapat juga tempat untuk free dive (tiruk) setinggi 15 kaki untuk adrenaline addicts.
Kesimpulan
Lokasi: Maran, Pahang. 2 jam 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
Itu sahaja setakat ini. Menarik, bukan? Jom packing and start hiking!