8 Sebab Kenapa Ada Orang Asyik Sejuk Padahal Orang Lain Rasa Macam Biasa Je
” Wei, kuatkan sikit air cond tu. Panas ni…. Kau tak panas ke ? Siap pakai sweater bagai… Pelik betullah aku tengok.”
Mesti ada antara kita semua pernah jumpa orang macam ni atau anda salah seorang daripada mereka yang cepat merasa sejuk. Lebih-lebih lagi ketika berada di ofis kan. Ada je salah seorang dari kita yang hampir setiap hari memakai baju sejuk.
Kenapa agaknya orang sebegini tidak tahan sejuk ? Adakah ia kerana masalah kesihatan atau perkara normal ? Menurut Health.com, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang merasa lebih sejuk daripada yang lain dan selalu merasa sejuk hampir setiap masa (cold intolerance). Jom kita lihat antara penyebabnya.
1. Anda Seorang Perempuan
Boleh dikatakan ramai kaum perempuan yang selalunya tak tahan sejuk. Kalau tengok kepada kaum lelaki pula, mereka relaks je walaupun duduk di bawah air cond. Sebenarnya, kajian menunjukkan bahawa secara umumnya orang lelaki akan merasa selesa pada suhu 22 darjah celcius. Manakala orang perempuan pula pada suhu 24.8 darjah celsius untuk berada dalam keselesaan yang sama. So, akhirnya terjawab sudah kenapa isteri selalu conquer selimut bila tidur malam-malam kan..
2. Anda Terlalu Kurus
Jika kurang berat badan iaitu kurang dari 18.5, golongan ini akan merasa cepat sejuk. Ini kerana, apabila kurang berat badan, seseorang mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh.
Tapi ini bukan bermakna anda perlu makan banyak untuk berasa normal ya! Otot dalam tubuh juga membantu dalam menghasilkan haba. Justeru, membina otot dengan makan makanan yang sihat dan bersenam dapat membantu anda mengurangkan rasa sejuk yang keterlaluan.
3. Anda Tidak Cukup Tidur
Jika anda selalu tidak cukup tidur, ia juga menjadi salah satu punca badan mudah berasa sejuk. Kajian Sleep Journal membuktikan bahawa walaupun cuma kurang tidur 1 malam sahaja, tubuh akan lebih mudah kehilangan haba.
Saintis mengatakan hal ini terjadi kerana kurangnya rehat yang mencukupi. Apabila perkara ini terjadi, tubuh tidak dapat pulih sepenuhnya dan akan berasa stres.
4. Anda Kekurangan Zat Besi
Mengambil makan yang mengandungi zat besi yang tinggi seperti daging, telur, sayuran hijau dan makanan laut sangan penting tau. Semua makanan ini penting dalam diet harian kerana zat besi adalah mineral yang akan bekerja mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membawa nutrien serta haba ke setiap sel dalam sistem tubuh.
Justeru, tanpa zat besi yang mencukupi, sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan efisyen dan boleh menyebabkan anda menggigil kesejukan walaupun orang lain relaks sahaja!
5. Anda Kurang Minum Air
Jangan ingat air ini untuk sejukkan badan sahaja tau. Badan kita mudah berasa sejuk salah satunya adalah disebabkan masalah dehidrasi. Ini kerana, jika kita kurang minum air, tubuh kita kan menjadi lebih sensitif terhadap suhu ekstrem. Air juga berfungsi untuk membantu melancarkan matabolisme di samping memastiakn suhu badan berada pada kadar yang optimum.
6. Anda Mempunyai Masalah Tiroid
Keadaan yang dinamakan hypothyroid adalah salah satu punca anda sering sejuk. Ia berlaku apabila kelenjar tiroid pada leher tidak memproduksikan hormon tiroid yang mencukupi yang akan membuatkan kadar metabolisme menjadi perlahan dan seterusnya melambatkan tubuh menghasilkan haba yang mengcukupi.
Keadaan ini lebih berlaku pada wanita yang melahirkan dan berumur 60 tahun ke atas. Antara simptom tiroid yang lain adalah keguguran rambut, kulit yang kering dan keletihan.
7. Kurang Vitamin B12
Selain zat besi, Vitamin B12 juga antara makanan penting kerana jika kekurangan nya boleh menyebabkan anemia, kurang darah merah yang menjadikan seseorang itu cepat merasa sejuk. Vitamin B12 ini boleh didapati dalam daging, ikan dan produk tenusu.
8. Masalah Peredaran Darah
Masalah peredaran darah atau poor circulation ini selalunya berlaku kerana tabiat seharian yang berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, merokok, maslah diabetes atau usia yang semakin meningkat. Ini berlaku kerana arteri menjadi sempit atau tersumbat kemudian menghalang peredaran darah berlaku dengan normal.
BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN SEKIRANYA PERLU
Menurut pakar, selalu berasa sejuk ini biasanya bukanlah sesuatu yang kronik. Justeru, pakailah pakaian yang selesa untuk membantu kita berada dalam keadaan selesa.
Tapi kalau selalu menggigil dan rasa sejuk sangat berbanding orang lain dalam bilik yang sama, tidak salah kalau kita membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui puncanya. Antara komplikasi yang memerlukan perhatian adalah Reynauld Disease, di mana kulit berubah warna apabila sejuk.
Jadi, jika ada sesuatu yang dibimbangkan, berjumpalah denga doktor ya.