Hanya Sertakan Cable USB Untuk iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM 27.25 Billion Untuk Selamatkan Alam Sekitar !


Umum mengetahui langkah mesra alam Apple melalui pengeluaran siri iPhone 12 yang tampil bersama sebuah perubahan tidak lama dahulu. Menerusi siri telefon pintar tersebut, Apple dilihat tidak lagi sertakan pengecas dan Apple EarPods bersama. Yang disertakan hanyalah cable USB-C untuk pengecasan berkelajuan tinggi.

Apple memaklumkan  perkara ini kepada pengguna memandangkan ramai sudah memiliki aksesori dan boleh digunakan semula.

Selain iPhone 12, iPhone 13 yang masuk pasaran Malaysia sekitar Oktober lepas pula diperbuat daripada komponen dalaman dan luaran berasaskan bahan buangan serta hadir tanpa pembalut plastik. Usaha ini dilaksanakan bagi mengelakkan penghasilan sisa buangan plastik sekitar 600 tan metrik yang berlaku sebelumnya.

Ini sekaligus menjadikan kotak iPhone bersaiz lebih nipis berbanding model sebelumnya. Ini juga membolehkan Apple untuk menjimatkan ruang penghantaran produk mereka ke seluruh dunia kepada lebih 70%.

Apple turut mewajarkan usaha mesra alam sekitar ini seolah mengurangkan penggunaan karbon sebanyak setanding 500,000 kereta. Banyak tu !

iphone tampil dengan kabel sahaja

Usaha Apple didapati membuahkan hasil menerusi laporan terbaru yang dikongsikan dengan mencatatkan penjimatan sebanyak US$ 6.5 billion (sekitar RM 25.27 billion).

Untuk pengguna mendapatkan pengecas 20W terbaharu tanpa kabel, mereka perlu berbelanja sebanyak RM 99. Pihak Apple juga menawarkan Apple EarPods secara berasingan dengan harga RM 99 atau Apple AirPods yang bermula dengan harga RM 589.

Idea yang dicetuskan Apple untuk tidak menyertakan pengecas bersama EarPods ini pada mulanya dikecam hebat oleh jenama pesaing. Namun, inisiatif yang menyokong kelestarian alam sekitar ini lama kelamaan menjadi ikutan pengeluar telefon berjenama pada masa kini. Apa pendapat anda dengan inisiatif Apple ini ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat