TEKNOLOGI : Keretapi Magnet Jepun Catat Rekod Dunia


Jepun telah mencipta sejarah baharu tamadun manusia moden setelah keretapi maglev(magnetic levitation) ciptaan mereka telah mencatat rekod kelajuan dunia dengan dengan kelajuan melebihi  600km/j, melalui satu ujian yang diadakan berdekatan Gunung Fuji pada Selasa lalu.

8_TRI_maglev_principles_1

Prinsip maglev

Keretapi tersebut telah mencapai kelajuan 603km/j dan berjaya mengekalkan kelajuan melebihi 600km/j sealama 11 saat, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Japan Railway Central (JR Central). Secara prinsipnya, keretapi maglev akan terapung 10cm dari landasan, dan digerakkan oleh magnet yang dicajkan elektrik.

JP Central mensasarkan sebuah keretapi akan mula beroperasi pada 2027, menghubungkan Tokyo dan pusat Bandar Nagoya yang berjarak kira-kira 286km. Perkhidmatan keretapi peluru yang akan beroperasi pada kelajuan maksimum 500km/j ini dijangka akan menghubungkan kedua-dua bandar besar itu dalam masa 40 minit, kurang separuh dari masa perjalanan yang diambil oleh keretapi peluru Shinkansen.

Menjelang 2045, keretapi maglev dijangka akan menghubungkan Tokyo dan Osaka dalam masa hanya satu jam tujuh minit, menjimatkan separuh dari masa perjalanan pada waktu sekarang.

Walaubagaimanapun, kos pembinaan keretapi tersebut sangat tinggi – kira-kira USD 100 billion hanya untuk perjalanan ke Nagoya, dengan lebih 80% daripada jalan tersebut dijangka akan melalui terowong yang sangat mahal!

Justeru, melalui kemajuan yang dicapai, kerajaan Jepun berhasrat untuk menjual sistem Shinkansen dan maglev ke luar negara. Perdana Menteri, Shinzo Abe akan memegang watak utama sebagai ‘jurual’ dalam usaha untuk membangkitkan semula ekonomi Jepun, sebahagiannya melalui pengeksportan infrastruktur. Beliau akan berada di Amerika Syarikat pada minggu ini di mana beliau dijangka akan mempersembahkan sistem keretapi berkelajuan tinggi ini bagi menghubungkan New York dan Washington.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat