JOM TENGOK CERITA : Sejarah Kelahiran Doraemon (Versi Asal, Fujio F Fujiko)
(Kartun sejarah kelahiran Doraemon mengikut karya asal Fujio F Fujiko)
Doraemon, (ド ラ え も ん).
Robot kucing berwarna biru dari abad ke-22 yang dihantar ke abad ke-20 untuk menolong Nobita. Lahir pada 3 September2112. Tinggi badannya 129.3 cm dan berat 129.3 kg.
Makanan kegemarannya adalah dorayaki. Doraemon sangat menyayangi dan setia kepada Nobita. Seringkali ia menolong Nobita walaupun ia sendiri dalam kesusahan.
Sejak pertama kali diciptakan, tubuhnya dicat dengan warna kuning. Doraemon direka khas untuk membantu keluarga kaya dalam menjaga anak anak mereka. Malangnya, terjadi satu kesilapan ketika proses pembuatan menjadikan Doraemon unik dan tidak seperti robot kucing lain.
Namun, Doraemon gagal melepasi ujian sehingga ia dilelong kepada keluarga kelas bawah, yang iaitu keluarga keturunan Nobita. Doraemon tetap menjadi sebuah robot kucing berwarna kuning hingga suatu hari, ketika ia sedang mengurus bayi keluarga tersebut, sebuah robot tikus menggigit telinganya sampai hancur, sehingga terpaksa dipotong.
Doraemon menangis dan terus menangis, ia cuba untuk mengembalikan telinganya kembali tetapi ia telah mengambil cecair yang salah dan akhirnya melunturkan cat tubuhnya yang berwarna kuning menjadi warna asalnya, biru. Doraemon pun berubah menjadi seperti sekarang ini: sebuah robot kucing berwarna biru, tanpa telinga. Sampai sekarang pun Doraemon menjadi trauma dan takut terhadap tikus.
Namun, ada lagi versi lain mengatakan yang Doraemon dalah robot canggih yang dicipta sendiri oleh Nobita. Doraemon diciptakan oleh Nobita ketika Nobita sudah berumur. Dan sebenarnya Doraemon sudah berada dikeluarga nobita sejak awal ia diciptakan.
Walaupun gagal dalam proses ujian, Doraemon tetap sebuah robot canggih yang mempunyai alat-alat berteknologi tinggi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Doraemon juga mampu memahami perasaan manusia seperti sedih, takut, marah, gembira, simpati, dan lain-lain.
Namun,Doraemon juga bertindak sangat emosional dan mempunyai sifat marah yang cukup buruk ketika sedang bertengkar dengan Nobita. Doraemon juga mempunyai “senjata rahsia” yang boleh digunakan dalam keadaan terdesak, iaitu kepalanya yang lebih keras daripada batu.
Doraemon mempunyai seorang adik bernama Doralin yang bersedia menggantikan tugasnya menjaga Nobita ketika Doraemon sedang sibuk.