All Of Us Are Dead Ingatkan Penonton Pada Memori Pahit Tragedi Feri Sewol 2014


Drama bersiri Netflix All Of Us Are Dead kini menjadi sebutan ramai dan berjaya mendapat ranking nombor 1 di 55 buah negara termasuklah Malaysia.

Berdasarkan data dari Netflix, siri hangat ini juga berjaya mengumpul sehingga 124.79 juta jam tontonan dalam tiga hari pertama ia ditayangkan. Ini menjadikan All Of Us Are Dead siri nombor 1 paling ditonton ketika ini.

Fenomena luarbiasa siri ini juga berjaya mengungguli carta Netflix di Amerika Syarikat sebagai siri bukan berbahasa Inggeris kedua paling ditonton selepas Squid Game.

Mula disiarkan pada 28 Januari 2022, siri ini diadaptasi dari webtoon popular di Korea Selatan yang bertajuk Now At Our School.

all of us are dead kini menjadi siri nombor 1 di 55 negara

Drama bertemakan zombie apocalypse ini mengisahkan tentang pelajar-pelajar Hyosan High yang berjuang habis-habisan melawan serangan virus zombie yang menular di sekolah.

Ramai yang gilakan drama bersiri ini disebabkan plot yang mendebarkan serta padat dengan scene zombie yang cukup mengerikan.

Untuk tambahkan kelainan, drama ini juga menggabungkan barisan pelakon drama Korea legend dan beberapa wajah-wajah baru.

All Of Us Are Dead Buka Luka Lama Netizen

Di sebalik hype drama bersiri ini, tanpa sengaja ia turut membuka kembali luka lama warganet yang berduka atas tragedi feri karam Sewol di Korea Selatan.

Di Twitter, penonton turut mengulas tentang kebanyakan scene di drama ini yang mengingatkan mereka pada insiden menyayat hati tersebut.

Peristiwa hitam itu mengorbankan 304 nyawa dan 250 daripadanya merupakan pelajar sekolah yang berusia hampir sama dengan pelajar Hyosan High School dalam drama bersiri ini.

Seorang pengguna Twitter  tidak dapat sembunyikan rasa sedih menonton scene dalam drama ini apabila pelajar diabaikan oleh golongan dewasa. “Apa yang saya dapat fikirkan ketika menonton siri ini hanyalah tentang tragedi Sewol”, tambah pengguna Twitter itu lagi.

pengguna twitter terkesan dengan siri all of us are dead

Pengguna Twitter lain juga menyifatkan All Of Us Are Dead sebagai gambaran kepada tragedi Sewol yang berlaku akibat kegagalan golongan dewasa untuk menyelamatkan para remaja yang terperangkap di dalam feri ketika itu.

all of are dead mengingatkan penonton pada tragedi sewol di korea

Walaupun sudah berlaku hampir 9 tahun lepas, peristiwa ini masih segar di ingatan semua. Feri yang karam pada 16 April 2014 sedang dalam perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju namun karam di tengah laut.

Tragedi ini juga menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dilaporkan beberapa krew termasuk kaptennya sendiri telah meninggalkan feri selepas memberitahu penumpang untuk kekal di dalam kabin masing-masing.

Disebabkan sikap pentingkan diri ini, ratusan penumpang yang majoritinya terdiri dari para pelajar terkorban pada hari tersebut.

all of us are dead peringati tragedi feri sewol

Kredit Foto : Insider.com

Seperti dalam All Of Us Are Dead, pelajar sekolah menengah ini juga dibiarkan untuk selamatkan diri sendiri apabila virus zombie menular di sekolah.

Kebanyakan guru juga dilihat lepas tangan dan enggan hulurkan pertolongan walaupun pelajar telah datang kepada mereka untuk dapatkan bantuan.

All Of Us Are Dead Beri Penghormatan Pada Mangsa Tragedi Feri Sewol

Tidak hanya itu, penonton juga dapati beberapa detail dalam drama ini juga turut memberi tribute kepada mangsa tragedi Sewol. Sebagai contoh, beberapa scene dalam drama ini mempamerkan reben kuning, sebuah simbolik bagi memperingati tragedi hitam tersebut.

reben kuning yang menjadi tanda peringatan tragedi feri sewol turut dipamerkan di all of us are dead

Scene lain iaitu apabila pelajar merakamkan video message kepada ibu bapa pada saat-saat akhir juga mengingatkan lagi penonton pada tragedi itu.

Sebelum karamnya feri, kebanyakan pelajar sempat merakamkan video message sebagai ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa mereka.

Video-video ini juga pernah tular di media sosial pada ketika itu. Perkara ini turut dipersetujui oleh warganet yang dapat menangkap detail kecil dalam siri ini.

all of us are dead

Terdapat juga filem lain yang turut diterbitkan bagi memperingati insiden tersebut seperti filem Eyelids (2018) dan Birthday (2019) .

Rasanya ini adalah pertama kita dengar drama zombie apocalypse berjaya menyentuh hati penonton dan mengingatkan mereka pada tragedi lama.

Ini membuktikan All Of Us Are Dead bukan sekadar siri zombie biasa.

Ia sarat dengan mesej yang positif untuk membela nasib semua lebih-lebih lagi golongan muda yang kurang dayanya berbanding dewasa dan golongan berpangkat.

Drama ini diharap dapat membuka mata masyarakat untuk bergerak seiring dan saling membantu dalam mengharungi apapun cabaran yang dihadapi.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat