10 Idea Hiasi Sekitar Sekolah Sempena Kemerdekaan
Menjelang bulan Kemerdekaan, mesti ramai pelajar dan guru-guru mencari idea untuk mendekorasi kawasan sekolah dengan tema Kemerdekaan sama ada untuk suka-suka atau untuk Pertandingan Kelas Tercantik sempena Bulan Kemerdekaan.
Semua ini akan memberikan kepuasan dan kegembiraan yang tersendiri jika sekitar sekolah yanh dihias dapat membangkitkan mood dan aura Kemerdekaan. Murid-murid pasti gembira begitu juga dengan guru-guru. Mari kita lihat 10 idea dekorasi sekitar sekolah bertema Merdeka.
1. Menara berkembar menggunakan botol
Diperbuat dari botol yang dikitar semula secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Guru-guru boleh menyuruh murid-murid untuk membawa botol yang terpakai dari rumah. Bilangan botol yang diperlukan untuk menyiapkannya adalah 1022 botol mineral.
2. Bendera besar menggunakan botol yang dicat
Perlukan jaring untuk menampung setiap botol. Saiz bendera adalah 4 meter x 6 meter. Manakala bilangan botol yang diperlukan adalah 1176 botol.
3. Kerincing Angin
Rekaan kretif yang menggunakan tin kemudian dicat corak jalur gemilang. Untuk membuatnya memerlukan tin 24 unit dan CD 12 keping. Kerincing ini boleh digatungkan di dalam kelas, di kantin, di bilik guru atau di pintu gerbang.
4. Scalop Bendera
Scalop ini akan menampakkan syiling beralun-alun dan berombak. Boleh dipasang di dalam kelas atau di astaka.
5. Jalur Gemilang di syiling
Bendera Jalur Gemilang boleh digantung di syiling dan apabila angin bertiup, bendera akan berkibaran. Memberikan aura kemerdekaan.
6. Dekorasi di pintu
Bendera boleh dihiasi di pintu bagi menceriakan lagi kelas kerana pintu memainkan peranan penting bagi sesebuah kelas. Pintu umpama penyambut tetamu yang akanĀ memberikan tanggapan dan ekspresi kepada pengunjung. Di samping kata-kata yang dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.
7. Love Malaysia
Love Malaysia ini boleh dibuat dari gabus kemudian dideko mengikut citarasa masing-masing seperti labuci, span buah-buahan, kulit kacang, kulit kerang, paku tekan dan bintang kertas kecil.
8. Astronaut Jalur Gemilang
Boleh search di google image ‘astronaut template’ untuk dapatkan templatenya. Macam-macam bentuk dan rupa ada. Pilih yang berkenan kemudian print. Senangkan!. Ambil gambar setiap sorang, kalau tidak ada camera canggih, gunakan phone je. Seterusnya, gunakan piring kertas yang bersaiz kecil dan tampalkan tempate ke atas piring. Murid-murid boleh warnakan template astronaut masing-masing.
9. Papan Kenyataan
Tidak akan lengkap jika ruang papan kenyataan tidak dihiasi dengan tema kemerdekaan. Pelajar boleh lekatkan artikel, gambar, kronologi Sejarah Kemerdekaan, kata-kata pujangga dan macam-macam lagi untuk memberi pengetahuan berguna kepada pelajar..
10. Roket Malaysia
Diperbuat daripada botol air mineral dan dicorakkan tema jalur gemilang. Roket ini boleh digantung dalam kelas atau sekitar jejantas sekolah mengikut kesesuian.
Kesimpulannya, sekolah tentu tampak lebih menarik jika dihias indah dengan tema Kemerdekaan. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan mood pelajar dan guru untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan lebih semangat patriotik dan cita akan tanah air.