Penipuan Melalui Telefon Yang Menggunakan Dana Lebihan Dari Puteri Umno Sebagai Umpan


Dipetik dari fb Asri Meris Anthony yang hampir menjadi mangsa penipuan dana lebihan puteri umno sebagai umpan untuk menarik minat untuk di tipu.

Hati-hati semua!!!

Mungkin ini juga boleh berlaku dengan anda semua. Selama ini saya sering nampak dan dengar orang lain kena scam “thru call”. Tapi kali ni saya sendiri kena dan taktik yang agak berbeza dari apa yg saya selalu baca.

Allahuakbar!!

Penipuan Telefon

Seorang wanita menghubungi saya kononnya dia kenal rapat dengan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Kak Emy walaupun saya masa tu betul-betul tak ingat siapa beliau sebenarnya tapi beliau kata “amboi, sampai hati asri lupa kakak asri ni”. Beliau menghubungi saya dengan menggunakan nombor 0176695691 (cuba u guys copy no ni & search dalam FB, Subhanallah rupanya ramai lagi mangsa yg lain pun terkena juga).

Al-kisahnya, panggilan yang saya rakam ni adalah panggilan yang kali kedua dia call (sebab panggilan yg pertama saya terpaksa letak dan putuskan sebab saya terasa sangat ragu2 & terus terfikir untuk rakam)

Beliau memberitahu saya bahawa kononnya ada lebihan dana dari Puteri Umno (tak pasal2 buruk nama Puteri Umno) ingin ditawarkan kepada yang berminat dengan jumlah 28K atau 38K tanpa bayaran balik.. Hanya perlu berikan nama, no kad pengenalan, no akaun bank, no telefon dan alamat. “Sounds so suspicious right?” Jadi saya berlakonlah kononnya berminat dan berlagak seolah-olah nak ambil peluang tu.

Yang sedihnya wanita ni dengan beraninya tak henti-henti sebut “Demi Allah” berulang kali.

Subhanallah!!

Langsung tak rasa bersalah wanita ni menipu tapi menggunakan nama agama atas kegiatan kotor yang bertopengkan syaitan.

Pesanan saya, kalau ada apa-apa panggilan atau text message yang suspicious macam ni, jangan terus percaya dan mudah terperangkap dengan taktik kotor mereka. Dengan hanya beberapa saat mungkin wang dalam akaun bank kita akan lesap. Nauzubillah

HATI-HATI SCAMMER

MAKLUMAT SCAMMER SUMBANGAN PUTERI UMNO

NAMA: KUBRA BHAI SHARIF
CIMB : 7042041935
PHONE: 0142243149 (no masih aktif)

dia ni menyamar jadi ramai orang lain

dia akan call,tanya kenal ke tak.

kemudian bagitau akan bagi sumbangan puteri umno, kena bayar duit proses.

lepas masuk duit proses, lenyap.

nombor dia masih aktif, siapa yang nak test siasat boleh terus siasat

2 komen untuk “Penipuan Melalui Telefon Yang Menggunakan Dana Lebihan Dari Puteri Umno Sebagai Umpan”

  1. nas says:

    HATI-HATI SCAMMER

    MAKLUMAT SCAMMER SUMBANGAN PUTERI UMNO

    NAMA: KUBRA BHAI SHARIF
    CIMB : 7042041935
    PHONE: 0142243149 (no masih aktif)

    dia ni menyamar jadi ramai orang lain

    dia akan call,tanya kenal ke tak.

    kemudian bagitau akan bagi sumbangan puteri umno, kena bayar duit proses.

    lepas masuk duit proses, lenyap.

    nombor dia masih aktif, siapa yang nak test siasat boleh terus siasat

    1. mm kid_ Editor says:

      terima kasih atas info tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat