Apa itu Merdeka Zaman IT? Jom kita ungkap persoalan ini!
Kemerdekaan yang dicapai adalah nikmat kebebasan dari belenggu penjajah dengan menjadikan Malaya negara yang bebas mengurus dan mengembangkan tanah airnya mengikut acuan, citarasa dan bertepatan dengan keperluan sebenar rakyatnya.
31 Ogos adalah tarikh kita meraikan sambutan kemerdekaan setiap tahun terutamanya di Semenanjung. Adakah kita beranggapan tarikh ini ingatan silam semata-mata? Menyebabkan kita tidak meraikannya lagi. Justeru, adakah anda fikirkan yang kita betul-betul merdeka dari penjajah?Atau adakah anda merasakan kita dijajah dalam era teknologi maklumat(IT) yang semakin berkembang ini?
Arus perkembangan negara semakin intensif melalui perlbagai perubahan yang memberi kesan kepada kehidupan sehari-hari rakyat bermulanya dari sektor pertanian hinggalah kepada sektor yang lebih menguntungkan.
Dalam mengharungi 10 tahun akan datang, kemerdekaan yang membawa maksud permbangunan juga tidak terlepas dari modernisasi terutamanya dengan kemunculan teknologi yang semakin canggih. Beberapa perubahan teknologi yang signifikasi harus menjadi fokus untuk Malaysia untuk terus unggul.
Internet untuk segalanya (IoT)
IoT mulai menunjukkan dirinya, bermaksud ada kemungkinan periuk nasi anda sendiri akan dipasang dengan Internet sehingga membenarkan anda memasak nasi jauh dari rumah.Perangkat eletronik mengambil alih tugas manusia sebagai penggguna terbesar dalam dunia baru yang melibatkan sensor elektronik, rumah pintar dan tag yang berkeupaya mengesan kebiasaan dan pergerakan pengguna.
Revolusi teknologi masa depan melibatkan manusia, perkakasan elektronik, objek, dan pangkalan data terhubung secara sebenar melalui internet. Dalam dunia saat ini, kita menuju ke era baru yang melihat internet muncul sebagai kuasa utama dari pelbagai kegunaan sedangkan manusis hanyalah minoriti.
Di Malaysia, penerapan Pelan Induk Internet Untuk Segalanya (IoT) adalah petunjuk masa depan internet yang lebih luas. Jika ada pendekatan yang lebih jelas, tidak beralasan bagi Malaysia untuk menjadi peneraju di rantau Asia Tenggara dalam IoT.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat 50 bilion peranti yang disambung di Internet pada tahun 2020 dibandingkan dengan populasi penduduk saat ini yang hanya 7.6 bilion.
Teknologi Kesihatan
Harus diketengahkan untuk mengumpul data pesakit sebanyak mungkin untuk membantu mengurangkan masa menunggu dan untuk merawat pesakit dengan lebih efisien. Jika perkakasan dan perisian dapat disesuikan dengan suasana kesihatan di negara ini, tahap kecekapannya dapat meningkat berlipat ganda.
Informasi kesihatan pesakit perlu diselaraskan agar dapat diakses oleh mereka di mana saja dan ia memerlukan kemampuan untuk mengurus, mengumpul, menterjemah dan mengirim data. Ini pasti akan menjamin rakyat yang lebih sihat dengan penggunaan teknologi.
Sekolah Digital
Mengajar subjek pengekodan adalah langkah yang bagus untuk sekolah di Malaysia tetapi yang paling penting, sistem persekolahan perlu diubah menjadi digital secara menyeluruh. Yang terpenting, pengajaran berasaskan papan putih atau papan hitam dapat dikonversi kepada skrin yang lebih interaktif.
Secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan mengurangi penggunaan kertas. Sekolah dapat memanfaatkan aplikasi untuk komunikasi dengan ibubapa pelajar yang memungkinkan pemantauan dan interaksi yang lebih efisien.
Bahkan penggunaan gajet elektronik seperti peralatan multimedia contohnya slaid dan ‘power point’ membenarkan guru menyampaikan pelajaran dengan lehih ‘hidup’.
Ini adalah pembelajaran meyeronokkan yang memberikan murid pengalaman audio dan visual serta interaksi murid dengan guru lebih tinggi.
Bandar Pintar
Lihat saja perancangan bandar yang belum sempurna kerana kekangan tertentu. Dengan adanya teknologi dapat membuatnya lebih baik. Sejumlah model bersepadu termasuk sistem lalu lintas, pengawasan dan pengueusan kerajaan dapat dikelola dengan teknologi yang tidak terfokus kepada hanya tumbuhnya bangunan seperti cendawan semata-mata.