Kadar Minimum Harga Belian Hartanah Bagi Pembeli Warganegara Asing (Kediaman) Di Malaysia


Untuk negeri – negeri berikut tiada perbezaan minimum harga belian hartanah asing.
.
Anggaran harga belian adalah di dalam lingkungan RM600k hingga ke RM1 juta.
.
Maximum pembelian utk foreigner buyers di Pulau Pinang adalah RM2 Juta.
.
Untuk di Selangor, terdapat perbezaan harga pembelian hartanah utk warganegara asing adalah mengikut zon @ kawasan yang di tetapkan.

Sumber : The Edge Property
======================================================
Gambar rajah berikut menunjukkan kadar harga belian minimum jika anda ingin menjual hartanah anda kepada foreigner buyers
.
Terdapat 3 Zon di negeri Selangor iaitu :
Zon 1 (Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang & Klang), : RM 2 Juta
Zon 2 (Kuala Selangor dan Kuala Langat) : RM1 Juta
Zon 3 (Hulu Selangor dan Sabak Bernam) : RM 1 Juta

Sumber : The Edge Property


.
Untuk makluman, harga di atas tertakluk kepada kediaman yang berstatus Strata sahaja.
.
Di Selangor, warganegara asing tidak dibenarkan membeli tanah kategori Tanah Pertanian, Tanah Rizab Melayu (Malay Reserved) serta termasuk perolehan daripada secara Lelongan Awam (Auction).
.
Bagaimana pula untuk hartanah Landed di Selangor? Bagi pembelian bagi hartanah Landed berstatus kediaman adalah tidak dibenarkan sama sekali .
.
Di negeri Johor pula, kadar belian minimum untuk warganegara asing bagi kediaman Strata dan Landed adalah di dalam 1 Juta (bagi sesetengah kawasan)
.
Untuk di Zon Medini Iskandar, Johor ia di khaskan sebagai Zon Ekonomi Khas, oleh yang demikian zon ini tidak mempunyai sekatan. Tiada had minimum ke atas pemilikan warganegara asing serta terdapat pengecualian cukai RPGT sehingga 31 Dis 2025.
.
Bagi kawasan spt Johor Bahru, Iskandar Puteri (nusajaya),Pasir Gudang, Tanjung Piai, Sungai Sekudai, Sungai Tebrau. Harga belian hartanah bagi kategori Landed adalah RM2 juta. Ini kerana kawasan tersebut di kategori sebagai International Zones.

Sumber : The Edge Property

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat